Epilog

11/28/2010 1:15 AM

Dada terasa sebak. Terasa panas di kelopak mata yang semakin layu di makan penat seharian. Tahun 2010 sememangnya melakar banyak perkara yang bermakna dalam hidup aku. Satu demi satu gambar terpapar di tabir layar, menyingkap satu demi satu memori lepas. Sakit.... memang terasa. Aku tak dapat tahan. Sesuatu yang aku tak dapat tafsirkan dengan kata-kata. Kalaulah hati ini boleh translate sendiri apa yang sedang dialaminya, tak perlulah aku nak bersusah-payah bergenang air mata untuk mentafsirnya. Berusia 16 tahun.... seorang gadis yang mempunyai sensitiviti yang tinggi, keegoan yang menebal, tercari-cari dalam kesamaran identiti diri yang sebenar. Aku tak tahu nak buat apa. Kalau aku terjebak dalam satu ruang lingkup yang serabut macam ni, aku selalu larikan diri. Larikan diri : jadi diri aku yang aku sendiri tak kenal.

‘’Betul ke kau akan selamanya macam ni kalau da jumpa identiti diri sekalipun?’’

Bila aku fikir balik, aku selalu rasa diri aku yang betul. Memang ego, pentingkan diri sendiri. Walaupun bukan secara zahir, batin ni terpaksa menanggung keperitannya. Dulu, selalu tulis azam tahun baru dalam diari.

‘’Heh, azam = angan-angan”

Tapi, ada juga azam yang menjadi realiti. Tak ke mana pun. Sekadar memuaskan hati. Apa yang aku rasa betul-betul berlaku : dah kurus sikit da sekarang (haha), walaupun drumstick ni masih tak kecil-kecil, adehh. Solat semakin sempurna; rutin jek. Bacaan masih tahap sekolah rendah lagi. Perlu dibaiki. Ikhtilat? Masih perlu dipantau. Awak tu da besar! Jaga sikit ehh. Aurat, masih tak dapat pakai baju XXL. Rekod dunia aku, aku tak pernah pakai jeans. Tu jelah. Tudung pon, selesa dengan selendang. Aku boleh start pakai tudung labuh tu, tapi kat hostel tak sesuai pula. Sebab kalau pin silang baru nampak kemas (masih labuh). Makan, time awal-awal masuk hostel; full satu pinggan (kejutan budaya). Dah lama sikit, perlahan-lahan kurangkan kuantiti nasi. Tetap kenyang!! Sebab kat rumah mana pernah makan 2 3 macam lauk. Kat hostel je ada hidangan lengkap + buah lagi. Tak merasa kalau kat rumah. Tapi, bersyukur juga, sebab aku habiskan makanan. Kalau budak-budak lain, buat derk je kalau pinggan masih penuh dengan ½ nasi yang tak dihabiskan. Senang je nak tegur.

‘’Membazir amalan syaitonnnnn..”

Kehidupan kat hostel mengajar cara kehidupan berdikari tanpa  mengharapkan ibu ayah keluarga. Tapi kat rumah aku tak adalah bergantung harap kat ibu ayah. Sepatutnya kena berdikari, tapi aku tetap bergantung harap pada Nasyidah pula untuk kejutkan aku bangun tidur. Haha.

‘’Kelemahan : bangun tidur pagi.’’

Sampai kena Round 2 baru bangun. Tu pun lepas nampak jarum dah menunjukkan 6.30 pagi. Haha. Teruk!! Alhamdulillah, setakat ni rekod paling lambat pergi sekolah pun pukul 7.30 pagi. Masyukk~ rekod tak berulang okey! Haha. Sampai masuk rekod sebab pergi sekolah saing warden; Madam Zakiah dan Ma’am Eli. Wahh..

“Hari-hari aku belajar dari kesilapan”

Sahabat. Itu yang aku belajar. Senang cakap aku senang berkawan, susah bersahabat. Kat Kg Tengah, aku mana ada member nak lepak petang-petang round 1 kampung tayang rambut mengerbang tak kusut walau di tiup angin you! Masa sekolah rendah dulu, cerita kat sekolah habis kat sekolah jelah. Masuk sekolah menengah, ada Najwa, tu pun sampai Form 3, skg dia kat SESERI. Rapat? Hari-hari terlentok kat bahu dia dalam van, kongsi buku teks kalau aku ‘’tak bawa’’ (sengaja), makan sama-sama, handle program pengawas sama-sama, suka abang senior yang sama, cerita dari hati ke hati... apa lagi yang dapat memberikan makna ‘’rapat’’? satu je, aku tak dapat ngam dengan dia time dia masuk geng nyah-mengenyah ni, kepala tak ngam beb. Dia, hani, fatin... wahh. Baik aku blah dari bilik pengawas dari melayan kepala diorang uh. Tu je... aku tak suka. Kadang-kadang rasa mementingkan diri sendiri pula sebab aku nak ‘’sahabat’’ yang memahami. Tapi aku dah beri kelonggaran. Masa dia, masa dengan aku. Ada “2 Najwa”....

“kemencari-cari sahabat sejati...’’

Kat hostel, ada ramai gak geng ramai ngam ngan kepala aku. 49.99% je dari diri sebenar diorang. 50.01% lagi, kehidupan silam diorang yang masih pending lagi dalam ‘’list penerimaan hakikat’’ aku. Baru tahun ni aku kenal diorang, macam-macam persepsi yang berlegar dalam otak. Lama-kelamaan baru aku dapat terima diri diorang yang sebenar.

 "seorang sahabat "cover" kelemahan dan kekurangan sahabatnya yang lain dengan kelebihan yang dia ada, vice versa..”

Baru tahun pertama, tapi bakal tahun terakhir aku kat STK. Nasib baik tak jadi pengerusi. Masa sesi pilihan jawatan ni pun, sahabat seperjuangan yang menyarankan aku untuk melobi jawatan naib ni, kalau tak aku ambil exco informasi je. Jadi, aku bertanding dengan Suhaila. Aku memang takut kalau terpaksa mengorbankan sebuah persahabatan (yeker?) semata-mata untuk jawatan dan nama (stigma). Kadang-kadang terasa bersalah, Suhaila awal-awal dah down sebab lawan dia aku yang kalau nak dibandingkan dengan dia, ciri kepimpinan aku agak terserlah disebabkan jawatan aku sebagai pengawas sekolah. Dari segi intelektual, aku dah kalah awal-awal. Dia lebih bijak dari aku. Rajin sebenarnya. Hari yang ditunggu-tunggu tiba, keputusan pilihan raya kecil Dun Aspuri diumumkan pada petang Majlis Jamuan Akhir Tahun ASTK diadakan pada 10 November yang lalu.

‘’Master of the Ceremony paling sibuk!’’

-Aku rasa time ni lah majlis paling best: walaupun setting AVA agak kelam-kabut, ada effect hujan dan angin sepoi-sepoi sebenar time persembahan nasyid.
-Persembahan akustik; Muhammad the Blur & Aydil the Mat Kuyu, muzik oleh Firdaus “Kuyen”, bagi aku nyanyi je lain kali. Haha.
-sketsa “Kesan Ketiadaan Air di Asrama” arahan Geng Syafiq “Piggy’’ memang bet!! Tapi janganlah hentam Aspuri je tak mandi, tak ada air satu hostel kott.

Malam tu, semua bekerjasama. Baru nampak, budak-budak yang ‘’macam tak boleh diharapkan” tu (aku memang suka under-estimate orang), buat kerja dengan agak baik. Well done girls!

‘’Together we rule..”

Malam tu melantak nasi beriyani dengan berpuluh-puluh cucuk satay, balas dendam sebab tak dapat makan time majlis. Mentang-mentang aku jadi mc buli aku eyh!! Haha. Aku sendiri yang tak nak makan. Tak ada selera, pastu takut suara jadi tak sedap pula. Ahax :P
Tak adalah melantak sorang, ada geng cleaner cam biasa, haha. (sorry sorry!) makan sama-sama... like one big happy family malam tu, ada syidah, pqa, put, tqa (yang 2 orang ni imigran) akhirnya habis juga juadah yang aku pulun dari akak dewan makan tu. Memang banyak lebih. Ishh, membazir!

‘’Membazir amalan syaitonnnnn..”

Study... hurm... lama sikit. Sebab nak fikir graf keputusan dari awal tahun. Oke!
Untuk SPM aku ambil 10 subjek. Sekarang yang masih tak dapat score A ialah Add Math by Mama Zaharah. Slow la aku arithmetic ni. Tu lah, time form 3 main-main je, mentang-mentang Sir Halim yang ajar. Ni lah padahnya! Fikir balik, salah strategi sebenarnya, aku main-main. Pandang enteng je. Yelah, bukannya nak try buat, copy je kalau da serabut sangat. Kat kelas kadang-kadang tak fokus. Memang la. Math by Auntie Tey pun pernah fail. Adehh. Tak pernah dibuat orang la dek!! Subjek Science nasib baik boleh bawa. Physisc lambat sikit dapat kesedaran, hehe. Sorry Miss Chia! Biology the best, sbb Mummy Shafini memang the vogue you. Sis Balqesh ajar pun best, chemistry bonding memang ada lah terjalin dengan beliau. Tapi Apak Nizar lagi best, malam-malam beliau ajar memang masuk walaupun kadang-kadang menggigil tak tentu pasal apabila ternampak muka beliau yang begitu “menggerunkan-handsome-kebapaan-kelakar’’ uh. Ekkk ^^ Arigatogozaimas!!

Pengawas.... dari Form 1..

“Tak akan hilang pengawas dari dalam diri..”

Awal tahun, pentadbiran ada chaotic sikit. Peralihan kuasa ketua guru pengawas banyak memberikan impak positif dan negatif kepada lembaga... erkkk.. da pukul berapa ni. Ishh... kepada LP di bawah kuasa Chief Qibb & Sis Priya. Kita kuat! Kalau tak dah lama kita jatuh tersungkur. Nasib baik kita ada semangat kepengawasan yang menebal, bukan pengakap je ada kepengakapan tuhh. Alhamdulillah... dengan semangat yang kuat, berbekalkan iltizam, kita mampu menghabiskan “Silibus Kepengawasan” kita dengan jayanya untuk tahun 2010. Selepas ni....

Ya ALLAH, berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk menghadapi semua cabaran dan dugaan yang mendatang... aminnn..
  
Selamat malam sayang..... Sleep tight.
may ALLAH bless :)

Comments

Popular Posts