Bila Tersentap

Salam, dear my blog. More rant today. Hari ni agak tension skit tp blagak euphoric kat fb. Haha. Aku kalau ada prob cmnilah. Lari. Aku akan bina satu medium yg akan buat aku hilang dalam dunia aku sendiri. Malas nak fikir. Tapi masalahnya, timbul prob lain plak kat fb. Aku ni touching gak la kadang-kadang. Alas, aku berhubung kembali dgn Mr Ac. Sebelum ni, aku yg buang dia drpd hidup aku. Tiba-tiba rasa rindu, aku nak dia kembali. Sekarang, aku rasa mcm tak nak ingat dia lagi. Complicated. Aku  tengok minat dia, cara dia, kehidupan dia..berbeza dgn aku. Tak setaraf aku dgn dia. Dia berkongsi minat dgn adik dia, rapat. Cemburu? Mana taknya. Terdetik utk menjadi memakai “topeng” menjadi orang lain.

Minat artis korea, kumpul toys, berbual mengenai filem korea, gosip-gosip 2PM, Beast etc. Aku pernah cuba. Tapi bukan minat aku. Tak layan sangat. Aku rasa aku mcm terdesak sangat la pula. Cari dia, kejar dia, mesej dia. Cuba lupakan dia!!! Kenapa aku perlu jadi camni? Urghh... sakit kepala aku. Dah lah baru study bio. Entahlah.. banyak masa aku habiskan kat fb. Tu yg jadi camni. mom's nag, dad's litany of abusement.. mana tak panas. Tadi ibu tengok album dinner. Komen dia tak nak sakit hati plak. Aku tak lawan. Hati sakit. Sakit hati. Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosaku.. tulah yg aku rasa duduk hostel lg bahagia, sebab aku dapat elakkan diri utk melukan hati ibu ayah. Esok, aku tak online kot. Cukup lah siang malam dua hari berturut-turut online. Da naik muak ada gak. Tapi kalau tak on tak boleh. Addicted. Half-addicted.
Mr Ac, kau tak lah handsome sgt. Dah la chubby. Ada ke orang nak? *ishh.. melebih plak. Maaf. Aku cuba. Failed in the 1st attemp doesnt mean fail in the 2nd attemp. Bahagia je hidup kau. Tak apalah aku tak sepatutnya hadir dlm hidup kau kan.
Sekarang ni, sahabat yg aku perlukan. Kimmy ada, apip ada. Akak-akak aku ada. Alhamdulillah... tadi tak sempat plak baca mesej apip. Sorry dude. Wait for me. I’ll reply it soon. Nantilah aku minta nombor diorang. Kalau ada prob, boleh rant kat apip guna publicphone. Haha.
I feel better. Aku selalu nasihat dan bagi motivasi kat orang lain, diri aku sendiri kadang-kadang terabai. Ada adik aku sorang ni, ada prob. Aku bagi jelah nasihat mcm biasa. Aku tak tahu logik ke nasihat aku tu utk dipakai. Haha. Janji positif okelah. Walaupun tak ada kelayakan atau tauliah utk menjadi sorang kaunselor, ada aku kisah?! Haha.

Sekarang ni banyak isu berkenaan remaja dan orang dewasa yg berkait rapat dgn penyalahgunaan laman sosial. Pelik juga tengok budak-budak ni terpengaruh sampai ajak keluar pun nak. Terdesak sangat ke nak jumpa lelaki? Aku fikir-fikir balik, diorang dah biasa sebenarnya utk keluar pergi bandar. Ibu bapa sendiri tak pantau anak-anak. Lagi satu, dah lah muat naik gambar separa porno. Mana tak lelaki hidung belang cari kau. Mak aihh... budak-budak sekarang. Cukuplah tengok fb adik aku. Friend range; the kids among 12-18 years old. Yang perempuan tak yah cakap laa. Cun memang cun, tapi control la sikit tahap nyah-mengenyah kau tu.  Adik aku tengok pun bole naik tuttt. Serious you. Kalau member-member aku, yg perempuan tak nampak sangat laa. Kalau bimbos ni mana nak kawan ngan aku, memang kena basuh. Lagi satu, macam berlawan-lawan pula siapa paling ramai peminat. Adehh. Tayang macam-macam. Yang lelaki senang je, berbekalkan muka macho, tak pakai baju, memang orang kejar. Melalui artikel yg aku baca, 3 drpd 5 wanita/lelaki menyatakan bahawa punca perceraian mereka ialah tabiat pasangan yg gemar melayari laman sosial dan menjalin hubungan dengan orang lain. Hubungan seks secara maya pun diorang boleh buat. Betapa canggihnya teknologi. Skype ada. Selalunya diorang berbual mengenai seks dan memuat naik gambar bogel utk menarik perhatian. Itu orang dewasa. Dah diwariskan kpd budak-budak pula. Seram. Aku pernah terbaca status Mr T yg menyatakan amaran kpd pelayar yg gemar mengganggu budak-budak perempuan melalui serangan seksual secara mental. Faham? Haha. Aku pun takrifkan ntah apa-apa je ni. Senang cakap, menulis ayat-ayat lucah utk kepuasan diri sendiri. Pernah dengar phonesex?  Ni onlinesex pula. Betapa pantasnya mereka berevolusi, menukar modus operandi mengikut aliran teknologi semasa. Nasib baik aku tak pernah kena. Ada la sekali. Itupun tak kritikal sgt, ahli baru tu. Amatur. Nasib baik kena aku terus off time tu. Aku rasa budak-budak sekolah aku juga tu. Entahlah, skg da kena block kot, sbb akaun dia mcm tak wujud lagi. Tadi petang tengok “Uya Memang Kuya”, sebuah rancangan realiti yg disiarkan oleh syarikat penyiaran terkenal di Indonesia. Uya ditugaskan utk menghipnotis pasangan yg terpilih. Adalah satu pasangan ni. Hanya berkenalan melalui fb (tak tahu jangka masa perkenalan) dan mengambil keputusan utk berjumpa di Jakarta. Melalui hipnotis yg dilakukan ke atas lelaki tersebut, nama dan beberapa butiran yg dinyatakan berbeza dgn apa yg telah diberitahu oleh rakan wanitanya. Tercetus persoalan dan andaian bahawa wanita ini telah ditipu dan diperdaya oleh lelaki itu. Hanya melalui fb, wanita ini hampir terperangkap dlm jerat lelaki tersebut yg hanya berbekalkan wajah kacak (gambarnya telah diedit nampak handsome sikit) yg realitinya hanya cabuk semata dan diusha menggunakan ayat-ayat cinta yg ditulis di fb. Hairan? Tidak mustahil sebenarnya. Masalah ini berlaku hampir di seluruh pelosok dunia. Tidak kira warna kulit, bahasa yg dtuturkan dan agama yg dianuti, kita adalah sama. Insan yg mudah lupa, lemah dan tidak berdaya. Walaupun anda mempunyai tahap IQ, EQ dan ESQ yg tinggi, jika tidak berwaspada pasti akan terjerat. Yer, kita perlu menguatkan tembok keimanan, semoga ALLAH melindungi diri kita drpd pendemik dan virus penghancur dunia ini. Sikit-sikit, lama-lama, pasti akan tumbang sebatang pokok akibat penangan anai-anai yg mereputkan strukturnya. Ini semua agenda yahudi laknatullah, melalui medium inilah kita dilalaikan. Mereka mendapat keuntungan drpd kerakusan kita melayari internet dan membuka akaun fb. Lihat saja Mark Zuckerberg yg mampu menjadi jutawan sekelip mata saja selepas mencipta sebuah portal sosial yg mempunyai lebih drpd 2 billion pelayar. Keuntungan itu digunakan utk membiayai misi menjatuhkan negara-negara Islam. Subhanalah... ilmu aku sedikit utk berkata mengenai isu yg agak berat ini, tp sekurang-kurangnya aku telah memerah otak aku utk mengeluarkan pendapat yg bernas lunas ni. Sakit otak. Otak sakit. Tidur dulu. Pukul 3 pagi. Salam.

Comments

Popular Posts