Embun~

Aku masih berteleku depan laptop walaupun azan Subuh baru je habis bilal Masjid Jamek Kg Tengah laungkan. Mata PANDA~ aku teringat kata-kata seorang kawan yang merupakan pelajar jurusan ‘art and design’ (sebenarnya yang major aku tak ingat). Kehidupan diorang, siang tidur malam bekerja memerah idea. Hasilnya memang mata lebam tak cukup tidur, muka stim semacam. Pengorbanan yang menuntut tenaga dan kekuatan mental yang agak tinggi. Sama macam keadaan aku sekarang. Walaupun bukan bersengkang mata untuk melukis pelan atau karikatur animasi, namun kertas kerja yang menjadi keutamaan aku pada malam.. erkk.. pagi sebenarnya. Dah siap, tapi ada yang tak lengkap lagi. Maklumat sedang dikumpul. Yehh.. insyaALLAH hari Isnin nanti aku buat meeting, setting barang, tempat, tempahan, surat bla bla.. hari Sabtu program akan berlangsung. Doakan ye agar semuanya berjalan lancar.
Sekarang ni, hangat isu tentang tunjuk perasaan di Kaherah, Mesir indikasi protes keengganan tuan Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk mengundurkan diri. Alahai.. dia cakap, “ September nanti baru aku chow dari kabinet, dont worry. I wont involve in the next election any more,’’ mak aihh.. cakap camtu, macam 1/3 rakyat kau nak dengar dan berhenti melontar batu, kasut, tin, kereta bla bla kat polis? Sampai bila. Aku tak tahu camna atmosfera pemerintahan dan pentadbiran kau, tapi sampai rakyat kau tak puas hati pergi buat rusuhan, mesti ada yang tak kena kan 30 tahun pemerintahan kau. Urmm.. tepuk dada tanya IMAN. Yang aku sedihnya, akak-akak abang-abang stok-stok ustaz ustazah doktor semua terkandas kat sana. Nasib baik kerajaan cepat hulur bantuan makanan sebab sedih sangat dengar cerita korang makan roti kosong je. Itupun mahe nak tuttt. Dapat gak lah makan meggi cup alas perut kat airport. Sabar ehh. Ini semua JIHAD. insyaALLAH selamat pulang ke tanah air. Doa orang Malaysia akan mengiringi perjuangan korang kat sana.
Cuti dah nak habis, kerja tak habis-habis. Adehh... aku kott yang malas nak buat. Tak tahu la kenapa. Banyak lagi kerja sekolah tak terusik. Adalah sikit yang aku dah buat, itupun tak fully complete. Im trying >___________<
Banjir sekarang ni beralih ke kawasan perairan plak. Area BP, Mersing will be the next victim of the nature disaster. Yehhh.. kena fair lahh. Takkan kat kluang je nak catat mangsa banjir kedua teramai. Haha. Keadaan kat sini dah semakin pulih. Rumah pun dah siap kemas. Cuma rumah belah sana je belum kemas betul-betul. Time aku dah balik hostel la aku rasa ibu baru nak kemas. Tapelah, adik-adik ada XD
Hari ni aku pergi ECONSAVE ! Haha. Bolehlah tahan. Dok round cucimata tiba-tiba aku terasa macam lama sangat kat ground floor. Mana lah eskelator ni tak muncul-muncul. Rupa-rupanya memang ada ground floor jek. Haha. Tapi luas lahh. Banyak juga kedai yang macam best. 2 ekor beruang telah berjaya ditangkap. Hehek. Aku berjaya bodek ibu suruh belikan bear. Ayin pun dapat. Aku punya golden brown gitu, ayin punya light brown.
‘’ Ayin nak peluk yang tu, tanak yang ni,” time kat rumah baru nak aku punya  =______________=’’
Dah lama nak bear. Cuma tade yang nak bagi, nak belikan. Nak kata aku tade duit, aku sayang nak keluar duit banyak-banyak untuk beli benda-benda macam ni. Ahak. Tu yang tunggu dan tunggu. Akhirnya... sayang.. urmm.. nak letak nama apa ek.. sayang Yeyen! Haha. Aku tanya Syida, boleh ke tak nak bawa ke hostel. Syida cakap, “ urmm..kau ke yang nak bawa? Better dont. Tempat kita tu....,’’ Haa. Oke Syida aku faham. Tapetape Yeyen kat rumah je ehh. Ibu suruh letak dalam almari. Aku tahu kalau anak patung ni menghalang kemasukan malaikat jika dijadikan HIASAN, jadi aku bagi Yeyen kat Ayin kalau dia nak peluk-peluk. Kalau tak simpan.
Tadi mesej Apip ajak dia lepak kat ECONSAVE. Aku tahu aku tak boleh officially lepak ngn dia. Mean, dengan family sekali lah ni. Tak ada rezeki la katakan, busy plak dia hari ni. He’s my buddy, non-official buddy. Yehh. Jumpa anak kawan ibu gak, kerja kat PURPLE, outfit store. Style kot akak tu. Simple je. Comel >_______<
‘’ Akak nak kerja kat tempat macam tu kan?” ibu aku menjuih ke arah coldblog kiosk uh.
“ Err....,” haaa, yelah.
Aku cakap kat ibu, lepas SPM nak buat part time job. Tu pun lepas dapat lesen, kelas muzik, bla bla bla. Aku suka nak kerja kat tempat yang boleh masak-masak! Haha. Tapi tadelah sampai nak jadi chef, jadi chef buat wafel pun cukuplah. Seronok kot. Aku tahu darah niaga mengalir dalam tubuh aku. Ayah ibu suka niaga, masak.. aku plak suka masak kek, kuih. Banyak gak resepi yang aku dah try: chocs cake, banana cake, almond london, tart.. yummy ^____________^ sat g tunggulah aku niaga kuih via blog. Ahai. Tercabar akak-akak makcik-makcik yang jual cup cakes, biskut tuh.
Member-member aku pun ramai yang ambil kulinari ni, Apip dan Dott. Bestnya masak! Pantang bila aku dengar orang cakap aku tak pandai masak, perempuan tak tau guna pisaulah, kekok nak basuh pingganlah. Adehh..
Sekarang ni, untuk HARI GURU dah kena buat persiapan. Idea.. generatin’ idea aint like pourin’ water into a glass. Perlukan masa, masterminds... aku ingatkan nak libatkan idea drpd pelajar amnya, pengerusi setiap kelab persatuan khususnya. Sebelum ni pengawas je conquer. Walaupun oke, tapi boring. Tak capai matlamat. Klise, konservatif.. tukar jadi inovatif, unik. Be more idealistic. Yehh.
‘’.....apabila kita berada di luar kita akan mudah melihat perkara yang tidak betul berlaku di dalam. Sebenarnya, apabila kita berada di dalam kita tidak mampu buat sesuatu yang kita fikir betul pun.’’
‘’.....apabila kita berada di luar lingkungan, kita akan mudah melihat banyak perkara tetapi apabila kita sudah berada di dalam lingkungan baru kita sedar – tak mampu berbuat apa-apa.’’
Kabus di Perbukitan, Mohd Kholid Hamzah.
Aku tersentak lagi. Keadaan yang aku sedang aku alami sekarang ni memang sama 80% dengan quotation kat atas ni. No word can describe my feeling now. Word is worthless. Put yourself in my shoes, you’ll know me better. How difficult it is to handle a domain organisation in school. Ahai. Imagine all the hardship and ‘burden’ (sometimes..), plus the gossip mongers more, you wont expect that am still here, stand still with pride and prejudice. Alhamdulillah, He makes me strong throughout, never give up! Once you make a small step, you need to run then. Yezza.. am creating my own philosophy. Haha. Dont think that you know everything. Thats mine. Always reading, asking questions whatever make you puzzle or confuse. But, I myself do not practice it all the way I learnt in school. Later, maybe. Selalu cakap tak serupa bikin, adehh. esok da kena balik hostel. i'll miss you mom, home, fb, blog... T______________T



Comments

Popular Posts