Dah nak raya, tapi....

salam. hari ni aku dah start cuti raya, seminggu je. naik cuti terus TRIAL! pehh... best. apa yg aku buat skg memang study. ngaa. da start revise sikit-sikit.. sikit laa. raya ni warna baju, purple la. tudung dah beli, apa semua dah. beli sekali untuk stok kat hostel. raya pertama kat Kluang. raya kedua di BP. ha, special sikit tahun ni, travel balik kampung naik bas. ngaa. InsyaALLAH selamat pergi dan selamat sampai. ayah tak ikut, jaga rumah. guard raya la katakan. hehe. kuih tahun ni, popia ikat dan tart nenas. cukup la tu. kuih-kuih dyed semua mana nak telan. urm.. rumah dah 50% kemas, yg lain masih dlm keadaan out of control, lagipun ibu still  niaga. petang-petang, aku kat bazar, tolong ayah niaga sambil cuci-cuci mata. ahax. tadelah. ternampak kawan-kawan lama stok-stok dak sbp, mrsm. terubat rindu. ngaa. niaga tahun ni, Alhamdulillah.. boleh la buat belanja raya. sederhana sudah.




aku dah jadi ex-kp. wawawa. syok la juga. even still rindu nak pakai title kp tuh. tahun depan, Hazwan yg jadi kp. banyak cabaran, macam aku juga masa awal-awal tu. last person laugh best.




sebenarnya nak cakap pasal isu bersalam dengan bukan mahram. terlintas untuk tulis post ni sebab terbaca se-post sorang akak kat fb ni..





Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?”
Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam Queen Elizabeth.”
Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bsalam dengan lelaki asing" ♥

nampak indah bukan? apanya sebenarnya yg tersirat dlm cerita kat atas ni? tadi discover cerita ni, tak jumpa yg specific. lalu aku ambil keputusan utk jadikan post ni as PART I. hehe.. sat lagi ayah balik, mesti dah kena pergi bazar.

apa hukumnya bersalam dgn bukan mahram, lelaki la kan? bagi aku, time raya ni la berlaku polemik dalam diri. sape-sape je lah datang rumah, sebagai tuan rumah bersalaman dgn tetamu merupakan satu penghormatan. saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga antara yg akan mengunjungi sewaktu raya. makcik-makcik akak-akak no hal la. urm.. aku mesti teragak-agak utk menghulur atau menerima jabatan salam drpd seorang lelaki walaupun aku tahu beliau pangkat pakcik. aku tahu hubungan sepupu seperti lelaki ajnabi. nak salam ke tak? di kira kuwang hajo plak nt kalau tak salam sebab sejak kecik aku main taram je salam orang. dah besar la ni baru prihatin sikit pasal hukum hakam agama. kalau kawan-kawan ayah tu, aku hantar dulang, pastu chiow la. 

sebab aku tengok, cikgu laki aku salam je ngan ex-student dia. hooo. masa tu kat bazar, nga cedok-cedok air ni, sat g.. 
" Cikgu! meh singgah," laa cikgu tu aku tu..
beliau datang, ekh.. bukan cakap ngn aku, cakap ngn sorang akak ni. aku tau dia ex-student cikgu, pasang telinga. hoho. pastu, akak tu SALAM CIKGU, siap CIUM tangan lagi. haahhh? boleh ker? aku buat dunno je lah sambil ikat air. urm.. 

lagi satu, ada sorang cikgu perempuan ni *bukan buat ketupat ye, aku tak mention nama. ngaa.
beliau rapat ngan students dia. kalau students laki jumpa mesti nak salam+cium tangan (1 set laa). masalahnya boleh pulerrr.. aishh.. nak ikut mana ni?

ha, ni time aku sertai program inter-school ngn sekolah Indonesia. ada la sorang BAPAK tu hulur tangan nak salam, aku pandang beliau dan hanya menhulurkan semanis kurma senyuman je. then tiba-tiba cikgu kat sebelah aku dah jeling maut dah. 
beliau cakap, " dalam situasi camni, awak BOLEH salam, lagipun dia pangkat bapak awak. segan la dia nanti," 
DUSHH! kena satu kat kepala. haa. kena salam pula. adess. oke-oke. 
camna ni? orang kata perlu salam untuk menjaga kehormatan dan maruah orang yg menghulurkan salam tu. ada pula yg kata, kalau orang-orang besar yg nak salam, LAGILAH kena sambut. high rank la katakan. ada level-level pulerr..
macam mana dey?

jangan biarkan diri anda daripada diselubungi misteri....

end of PART I.


Comments

Popular Posts