Terawih Terakhir ~


malam ni 29 Ramadan 1432H.. Alhamdulillah.. tinggal 1 hari lagi untuk menempuh madrasah Ramadan. tahun ni banyak asam manis melakari kenangan terakhir berpuasa di asrama, mungkin di rumah juga. tak tahu lepas ni aku berkelana ke mana. 

.....terima kasih ibu sebab tahan perangai akak...
.....titik peluhmu mencari segenggam kebahagian buat kami semua tak terucap dek penghargaan ayah..
....aku tahu kau sedang mencari cahayaNYA abang..
....akak doakan Anas sentiasa dipayungi rahmatNYA, sentiasa berbakti kepada ibu dan ayah, jadilah insan yang berguna..
....akak sayang adik akak. doa kami semua agar Ayin berjaya menempuh ranjau berduri jalan berliku tajam dunia akan datang. akak janji tak akan tinggalkan Ayin bersendirian menghadapi dunia berhijab kepalsuan dan kebahagian hakiki..

maafkan anakmu yang sentiasa bergelumang dengan kekhilafan, 
doakan kejayaan anakanda..


terima kasih ayahanda bonda :')






p/s: entry PART II dah nak raya, tapi.. akan disambung secepat mungkin. tehee.

Comments

Popular Posts