Cerita Bas #2


salam.

ini cerita bas untuk kedua kali
pada tarikh 4 tahun sekali.

kenapa dikecah cerita bas ini
aku punya suka kau baca saja.

isi perut bas banyak baunya
busuk ada wangi ada
banyak warnanya
hitam ada putih ada.

naik kaki
bila bayar
kasi tiket pulang baki
duduk diam tunggu jalan.

panas cucuh muka
kering tekak lecur tonsilku
aku saja titipkan
" Terima kasih acik,"
kau diam susun duit.

aku duduk saja
terpuruk lenyek kusyen
kukhayal
kulelap mata
tunggu bila mahu tekan itu loceng.

sapa segaris senyum
" Mahu pergi mana auntie?"
" Turun itu Batu 2, you?"
" Batu 3 auntie, "
kulayan ideologimu
tentang sahabat di Singapura
Melayu ada India ada
pluralisme agama
kuasa linguistik.

chayya chayya
kudengar itu Bangla buka MP3
tukar
bole churiyaa
tukar lagi
dil to pagel hey dil to bana hey
apa punya radio.

bergegar itu bas
ketawa pecah tersembur
acik-acik di depan
mesyuarat dengan attendant 
bertukar cerita tentang dunia
hilang stress
yang bersarang bersemut
dalam kepala.

lalu satu sekolah
naik mereka yang berseragam putih berseluar hijau gelap
ayu berkurung putih berkain biru
basah dengan peluh
penuh dengan ilmu
lepak belakang mereka yang berseluar
" Nah, rasa sikit je,"
ambil, belek, kepit bibir.
" Peh sampai habis kau sedut, celaka!!"

diam kematu
tahan nafas
panas muka.

bila mahu sampai
berat mata mahu terlelap
menerobos angin lalu tingkap
menguis muka.

itu dia
pondok bas
mahu berhenti
tekan sesaat itu butang merah.

perlahan
kawal badan
lawan inertia
keluar dari perut
" Terima kasih acik,"
kau putar stereng.

selamat tinggal bas
esok lusa kusinggah lagi
dalam dunia perutmu.

salam.

Comments

Post a Comment

Popular Posts