Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.

salam! annyeong~ chehh :P hari ni aku ponteng lagi kelas memandu haha. whadde. suka suki je buat hal. bukan apa, aku pergi hari Khamis dapat pusing2 naik bukit je. majuk lahhhh! T.T tak marah, kecik hati je isk. kira ni aku meredakan trafik pelajar yg mendaftar utk belajar dalam area bulan 2 ni haha XD buddy aku Firdaus hari ni off day, jadi dia datanglah melawat aku kat gerai.

" Nah, buku motivasi,"
" Huh? oke thanks," lebar senyum sambil menyambut hulurannya. 
" Mana dapat? mahal je,"
" Kutip,"
 pecah ketawa.  


buku ni. meletup.


aku hanya memakan masa lebih kurang 1 jam, campur tolak aku berhenti membaca utk melayan adik2 kecik yg singgah membeli, yg hanya membawa sekeping seposen, muka seposen minta barang harga 50 posen, tanya semua harga jajan macam ada sepuluh ringgit.

kalaulah daus bagi aku buku tu masa aku masih sekolah... yah, itu penyataan bagi mereka yg terhimpit kesalan. input sama, strategi sama yg dibisingkan ke telinga sewaktu kaunselor buat program. apa rugi? ruginya sebab aku tak buat semua tu. aku hanya baca, kagum dan bermonolog sinis 

"setiap orang ada cara berbeza, takkan aku nak paksa diri aku buat cara camni". 

itu aku.

itulah bila aku berpuas hati di tangga usaha aku sendiri. aku cemerlang, tapi bukan salah seorang daripada "brilliant students". itu yg aku rugi.

rugi teramat sangat.

aku dah tahu, tapi tak buat demdem.

* aku harap boleh ulas la sikit pasal buku ni. takut pula pasal copyright ni :/

- aku tahu pasal visualization -- aku tampal kata2 semangat kat locker. tp aku tak tahu lagi satu V, verbalization (kena sebut). yeh sebab aku baca dalam hati je =.='

- aku tahu pasal mind-mapping. tapi aku buat nota ringkas, lukis gambar otak label cereblum cerebrum guna pen warna biru je. highlighter pun warna oren/fluorescent yellow je.

- aku tahu pasal jadual harian. tapi selalu main langgarnya, ikut flow jadual kt asrama je.

- aku tahu pasal practice makes perfect. tapi selalu tangguh2 buat latihan.

konsep "aku-tahu-tapi" ni hanya sebagai satu lemparan rasa kesal dan hanya menimbulkan rasa sedih utk sementara waktu sahaja. sebab aku tahu, peluang tu berkali-kali dan setiap kali perlu dihargai. jadi jangan ulang kesilapan aku. tapi tambah dengan ----->

1. share ilmu - output dgn ajar kawan yg tak faham, bincang soalan sama2. (Aku tak guna pendekatan study group sebab masa yg terhad, ni kira touch and go). dah bincang, dari sefaham, jadi duafaham.

2. tempat belajar macam tempat solat - bersih dan kemas. selalunya meja aku jadi rak buku kedua. jadi aku study kat luar/dorm. selesa sikit dan sunyi sepi tanpa gangguan. kalau stay up pula lain ceritanya, radio volume paling rendah jadi peneman utk elakkan aku terdengar bunyi-bunyian asing. yah.



cukuplah. perkongsian tidak ada noktah. cuma masa yg berlari. sampai bila aku nak kejar bila adrenalin sudah kering, kaki sudah lenguh dan dada berombak deras.

kurisik waktu yg tak kan terhenti. salam~

Comments

  1. hi rin, to order my stuff, u can placed order by fill up the form here : http://twynzshophouse.blogspot.com/p/order-form.html. then, we will give u our account number n it's up to u either to online transfer or cash deposit to our acc. tq 4 the query =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts