Ketenangan VS Psikologi


salam ;] hari ni penat sikit tapi tak boleh tidur. tu yg aku menjajau cari bb yg ayah SUKAAA sangat nak sorok tu huhu.. sebenarnya time ni ayah tak sorok pun, ada kat atas buku, OBVIOUSLY terletak cantik je. penat bukan sebab apa, sebab celebrate kejayaan mendapatkan lesen P motor!!!! yehh Alhamdulillah~ aku tadi dengan Mira, Pza dan Kak Sue makan2 kat kepci, then window shopping, beli barang sikit. yeh, there're truly the shopaholics =.='' penat melayan, tapi happy sgt. at least aku ada kawan2 utk berkongsi kegembiraan, yahh mereka jugalah yg berkongsi kesedihan waktu aku gagal QTI. oppppsss bukan gagal, tetapi proses menyedari kelemahan dan memperbaikinya. 

proses ujian KHAS JPJ bermula pukul 8. datang je terus semak nama, ambil nombor. nombor aku ialah 34 hoho. mula2 sesi taklimat dulu dengan Cikgu err.. oke teruskan membaca. beliau terangkan tips/tricks hoho.. adalah perkara2 penting yg melibatkan dokumen yg beliau terangkan. ada juga sesi gelak2 sebab masa tu cikgu ceritalah kisah2 UNIK yg berlaku masa ujian JPJ ni. ada yg nebes tahap dewa, ada yg tersalah pegang gear terpegang peha haha.. ketawa punya ketawa gelak sampai sakit perut. hah, sebenarnya dia nak redakan sedikit ketegangan minda dan fizikal yg terpancar pada riak wajah kitorang. mana taknya muka resah gelisah mencuka.  

seterusnya ialah sesi menyerahkan lesen L kepada pegawai JPJ. yah, handsome abang tu ekekeke. lepas tu tunggu giliran. masa tunggu giliran nilah perang psikologi berlaku. aku mestilah nebes tahap cipan sebab dah tak berapa nak lulus QTI aka pra-JPJ. mulalah selawat, tarik nafas slow2, ketuk2 paha, stretching sana sini. huh chillax sudah. tiba2, member sebelah pula buat hal. mulalah "merengek" takut semua *haha sorry babe, menggambarkan situasi sebenar hee. akak sebelah pula asyik tanya, "kau takut tak?" dua kali wohhh dia tanya. aku dgn muka cuak+slumber badak jawab, "hah tenang kak. bole punye," padahal hati dah kering gilalah. suhu memang jatuh ke -4'C. sepupu aku pula asyik dengan lawak bodoh dia, terapi katanya. gelak gerak bibir je, suara tak keluar. aku cuba pekakkan telinga sebab ketenangan aku mula pudar diasak soalan dan mimik muka takut diorang. aku nak cover kehilangan aura ketenangan secara berlebihan mulalah melakukan aksi2 you-know-what haha. tadelah aku pegang tangan akak uh, urut2 bahu member aku. yeh mengalirkan cas2 positif ekeke. 

seorang demi seorang pergi ke litar, dah sampai ke baris kitorang. gulp! control babe. yah, akhirnya dgn ketenangan yg bersisa itu aku melangkah dgn sopan santunnya ke arah litar. ambil motor dan semuanya berlaku di atas ketentuanNya dan ketawakalan hambaNya ini. sekelip mata je semua berakhir. LULUS. SPM un tak macam ni la der.. ni aku rasa time2 tunggu giliran nak pidato bagi ucapan, time hampir terkantoi tipu semua tulah. 

konklusinya, ketenangan datang selepas kepastian. yah kepastian yg kita akan melakukan yg terbaik, semua akan berjalan dgn lancar, usaha membuahkan kejayaan, sokongan daripada sahabat, yakin bahawa kegagalan bukan penamat dan keyakinan kepada doa yg dipohon kepadaNya... kepada yg masih dalam tempoh praktikal tu, tuntut sebanyak mungkin ilmu, turunkan ego dan hormati mereka yg mengajar. everything's gonna be okey lehhh ;]


biar kurisik sang penjaga masa, menuntut ruang utk berdialog. wassalam ;] 

Comments

Popular Posts