Teknik, strategi lautan biru dan taktik belajar (versi pelajar lepasan SPM)


salam. annyeong! ap habaq? cehh.. hari ni tak ada benda sangat yg aku isi dalam ruang masa senggang aku. masak singgang pun tak. tadi pun hujan. just layan hindustan je lah, I HATE LUV STORYS. *yah memang bahasa pasar =.='

jerawat boleh banyak pula tumbuh meliar atas muka aku ni. tahan jelah grrr. mentang2 hujan, nak tumbuh melata pula. memandangkan sebum banyak dikeluarkan sebagai lapisan pelindung pertama, hormon masih tak dapat kawal pengeluarannya. selalunya remaja la yg mengalaminya. kulit muka yg berminyak ada pro dan kontranya. sebagai pelindung, sebum/minyak ni ada lysozyme, enzyme utk membunuh bakteria. kalau terlebih pula, jerawat la jadinya sebab habuk dan bakteria tersekat di pori2 muka kita ni. jerawat akan tumbuh, tapi penyelesaian yg paling mudah ialah wuduk. 5x sehari, 5x cuci muka ;] yg putih2 tu, ataupun sinonim dgn panggilan nasi ialah nanah, sel darah putih yg mati sebab berperang dgn bakteria. betapa baiknya sel yg terkorban tu T____________T

ohh dah masuk entry biology pula. sebab petang2 td ingat nak kongsi fakta2 sains ni. memandangkan ada junior mengadu tentang homeworks la, poning la nk selesaikan la apa la, jadi aku share dulu tips2 yg ada kena mengena dengan akademik ni ;]  aku kumpulkan sejak era UPSR hingga SPM aku amalkan, InsyaALLAH.. kita menanam benih yg baik, hasilnya yg muai kita tuai.

ini antara perkara larangan secara fizikal yg memberi kesan kpd mental. elakkan:-


1. minum minuman berkafein dan bergas, lebihkan orange juice (aku suka minum XD, even kt mcd/kepci)
2. makan asam dan jeruk, asid ye adik2.. lemah otak lemah lutut nanti.
3. makan organ dalaman haiwan spt hati ayam, paru2 lembu. bagi mak je kalau termasuk dlm pinggan..
4. makan jajan/MSG. super ring, lagi2 la yg dyes warna-warni tu (tartrazine...etc)
5. layan meggi. yg ni aku tahan sampai form 3 je, sebab time dah masuk f4 stay hostel tak boleh lawan member ajak makan XD
6. tengok buih. oke contohnya buih teh tarik tu dulu ayah selalu buang kalau minum kat warung. satu lagi buih dalam mesin basuh jangan tenung lama2.
7. tengok perkara2 maksiat dan kemaluan sendiri mahupun orang lain.
8. terperanjat beruk sebab main terjah2 ataupun tengok cerita seram.
9. ketawa melampau-lampau/terbahak-bahak sampai sakit perut. ketawa nampak gusi comeyy tp tk perlu keluar suara ;] boleh? tadelah.. kawal volume.
10. makan/minum bahan yg tercemar dgn semut/serangga sebab ada asid yg berbahaya utk otak. pernah dengar tak, kalau lalat termasuk dalam ayaq, tenggelamkan lagi sekali sebab air tu boleh jadi penawar? tak berani cakap, sebab perlu buat research dulu.

cukup 10. yg ni pula spiritual. amalkan:-
1. yg wajib diutamakan dahulu. sebelum belajar, solat dulu ye. selalunya pelajar asrama tak ada masalah sebab berjemaah dari maghrib hingga isya' lepas tu baru solat.
2. baca doa belajar dan selawat banyak2.
3. ikhlaskan hati utk belajar.
4. sentiasa berdoa utk kecemerlangan dunia dan akhirat. doa utk kawan2 juga..
5. respect dan sayang ibu ayah, cikgu dan kawan. dgn ibu ayah, berkat mereka membawa kpd berkatNya. mereka yg berkongsi ilmu walaupun sezarah ialah seorang guru, lagilah mereka yg mengajar kita subjek2 BM, Admaths dan sebagainya. kawan, senang nak copy homeworks pagi2 haha.. 







yg ni latihan mental. selalu:-
1. cabar minda utk terima perkara baru. contonya belajar bab baru dlm fizik, pressure. fahamkan konsep dan kait rapatkan dengan formula. cuba cari logik kenapa banyak faktor yg mempengaruhi tekanan dan bagaimana konsep itu diaplikasikan dlm kehidupan. cabar diri utk mengetahui lanjut tentang asbab perkara itu diajar. bukan telan saja ye.

2. ulang kaji. penting utk refresh apa yg telah diajar. cari contoh utk kefahaman lebih. reference book sangat penting. selalunya yg cikgu bagi tak cukup utk memahami, cukup utk mengetahui. kebanyakan cikgu memang yg terbaik, tp bagaimana mereka yg mempunyai banyak kelas dan masa yg singkat? yg quick-learner senang la, yg perlu slomo macam mana? perlu jumpa face to face/facebook-ing dan tanya secara personal.


3. buat latihan. aku paling malas nak buat latihan haha. selalunya hari2 minggu baru sentuh latihan. yg penting faham dulu.

4. buat mind map. aku tak buat pokok2 semua, sekadar tulis isi2 penting. utk biology aku paling suka melukis. lukislah pastu label. dulu berangan nak tampal nota2 kat atas katil kat locker. tak juga. sebab tak nampak haha... minah rabun! =.=''

5. fokus. yah ini sangat penting utk proses pengenalan input baru dlm otak. fokus masa cikgu ajar dalam kelas. tak faham sekalipun, tenung je muka cikgu tu. otak kita sedang merakam apa yg cikgu tu bebelkan. nanti kita semak balik dalam buku, buat latihan, fahamkan sendiri dan disokong dgn apa yg cikgu cakap awal2. baru mantopppp!

oke cukup ni dulu. ada lagi tips utk menghadapi exam, yelah sebab sekarang ni belajar sebab exam-oriented ye tak? haha.. tunggu dulu utk entry seterusnya. macam yg selalu kita dengarlah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. biar pun dah jadi buluh, jangan lentur, terus potong buat lemang! haha.. masih boleh diubah apa yg salah, betulkan yg biasa, biasakan yg betul :] 
utk tips2 ni, aku amalkan, buktinya.. tanya secara personal ye ;] kalau rasa tak sesuai, cuba renung2 diri, muhasabah diri. lain orang lain cara, tapi apa salahnya kita ubah utk kebaikan InsyaALLAH. kalau ada sebarang tambahan, share je ^_______________^ selamat berjaya! maniskan iman, manisssskn senyuman ;] * tagline Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah di Suria FM.

biar kurisik sang penjaga masa, salam ;3

Comments

Popular Posts