Tudung, Fesyen dan Aurat

salam! hari ni macam biasa hari bersama keluarga XD cuma ayah je tak ada di rumah sebab rewang kat Masjid Kg Tengah memandangkan esok sambutan Maulidurrasul SAW, berkolaborasi dengan SKSKT dan SASKT 1&2. yeh sekolah lama aku :D 

tadi lepas Maghrib tolong ibu kupas jambu buang biji semua. kulit tak dibuang sebab Vitamin C jambu ni paling banyak di bawah kulitnya. sayanglah kalau buang kulitnya. lagi satu kandungan Vitamin C/ascorbic acid dalam jambu ialah yg tertinggi berbanding limau. lagi sedap kalau buat jus. jambu potong sederhana, kisar bersama sedikit air. hidangkan dalam suhu bilik. sedap dan bagus untuk pencernaan dan awet muda :D

layan Sangam petang tadi.

"penyatuan (sangam) ialah bila dua hati bersatu dan bukan hanya dinilai daripada sesebuah ikatan perkahwinan."

yeh. kongsi sikit perasaan bila pandangan yg disuarakan mendapat maklum balas positif dan sedikit bau2 stigma negatif tu mungkin ada. pandangan dirisik daripada rakan blogger Aini di http://bicarasigadisdesa.blogspot.com/. semuanya tentang tudung dan fesyen. bagus ada segmen macam ni, ada juga ruang untuk melontarkan pendapat. hak berfikir dan bersuara. kritikan juga dilemparkan dengan cara  seminimum mungkin untuk mengelakkan rasa tidak puas hati.



semalam aku blogwalking, terjumpa blog brader Pak Pis ni. tengah pisang goreng betul topik tudung ni, jadi dia selitkan tentang fesyen Islamik. ini dia. hujahan daripada Ust Don Daniyal. ada videonya - tengok, nilai dan ubah.

ini rumusannya. pakailah fesyen mana vavavoom pun, janji kena :-


1. tudung labuh tutup dada - kalau angin ka apa ka yg terselindung tetap tidak tersingkap. pastikan lilitan selendang yg berbaki dikemaskan di bahagian dada. kan comel ;]

2. tak jarang/transparent - selendang yg tidak menampakkan bayang2 leher mahupun telinga.

3. tidak ketat - jangan sampai menampakkan bentuk muka - telinga capang, leher jinjang. biar longgar tapi kemas. lagipun kalau ketat2 tak selesa kan.

4. isi keempat sebenarnya ada kaitan dengan isi pertama, ini berkenaan labuhnya tudung TERLETAK ATAS dada. maknanya kena betul2 tutup bahagian dada.

demo Ustaz dah tunjuk. visual ni lebih mantap daripada verbal, jadi dah baca jangan lupa tengok video untuk giga kefahaman.

kutimba permata ilmu, kucurah kasih sayangnya :3 salam.

Comments

Popular Posts