Tumpang naik bas.

salam! hari ni macam biasa tolong ibu kat gerai, OT sampai petang sebab Cik Ana tak sihat jadi dia kena balik rumah. aku harap dia dah dapat rehat secukupnya dan datang kerja esok sebab aku kena pergi praktikal kereta. sian ibu tak ada orang tolong urmm.. secebis sendu wujud dalam hati aku masa tengah layan Harian Metro kat gerai sebab sebuah novel bersiri yg aku baca. 2 helaian surat khabar, coretan seribu cerita. walaupun aku tak ikuti episod demi episod, mata aku tertancap pada mukadimahnya. mengisahkan tentang Jehan dan Kak Ika, Ramadan, bayi dan "akak". olahan ayatnya membuat aku berdebar, geram.. menggoncang atma. dah lama aku tak tenggelam dalam lautan perasaan aku sendiri.

"aku hilang bulan,"
"namun kau masih ada mentari dan bumi. cahaya mentari yg dipinjamkan kpd bulan,"


"6 tiang kapalku roboh, layar sutera-songketnya rabak.. aku tenggelam."
"tiangmu cengal, walaupun patah masih kuat. layarmu kau keringkan dan tenun kembali. kemudi bahteramu menggugah ganasnya ombak, tingginya gelombang."

prolog.

sebenarnya aku nak cerita pasal bas. ya bas. dunia aku dikelilingi asap hitam yg dimuntahkan eksos, laungan "Kluang - KL", gerai makan, tambang bas dan penumpangnya. aku penakut. hanya dibenarkan utk menaiki bas berseorang hanya selepas usia aku mencecah 17 tahun. itupun nasib baik sahabat membantu beri tunjuk ajar bas mana yg perlu aku naik. 

tambang terendah ialah 80 sen. termahal ialah RM2.70. itu pun sebab salah naik bas ke Renggam =.=' perjalanan dari busten ke Kg Tengah memakan masa tidak lebih drpd 15 minit. ragam dan lawaknya bila bas dipenuhi warga asing yg menumpang budi. 



Kalau naik bas:-
1. pastikan bas tu lalu area destinasi yg ingin dituju --- jangan main naik je. dah jauh nanti tak tahu nak berhenti kat mana.

2. bawa tambang yg secukupnya. duit syiling la yg penting. kadang2 kalau bagi singgit acik bas tu tak pulang seposen aku =.=''

3. seat ada dua kan, duduk kat seat pertama. ni untuk pastikan --orang yg tak diingini duduk sebelah--. simpan utk makcik2/akak2 je. paling bahaya bila ramai abangla, indon myanmar semua. tapi kalau myanmar filipina oke lagi, sebab diorang ni handsome2 haha XD

4. alert! jangan dok berangan je. tekan loceng bila tempat nak turun hampir sampai. jadi masa awal2 masuk tu, kenal pasti lokasi loceng dulu. tak lah menjajau cari bila nak turun nt.

5. enjoy je lah naik bas, dengar orang buka MP3 lagu hindustan semua haha.. 

6. kalau tunggu kat bustop, pastikan berada di bustop sehala dengan jalan yg akan ke tempat yg dituju. bayar dulu baru duduk. 

antara tips untuk selamat naik bas, tu jelah yg mampu aku kongsi. yah ;]

kurisik masa dalam ritma angin, salam ;3

Comments

  1. hehe..dah lama xnaik bus benti2 ni..

    ReplyDelete
  2. saya disini - kenangan kan? :D sy naik bas skg pun sbb buat lesen kereta, cawangannya dekat dgn busten, so naik bas je lah hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts