Dirang : Dia yang tak bersalah.

salam.
lembap dalam hati.
berkabus dalam atma.

..........


aku pernah
berteriak terlolong
dalam kelas
waktu ujian lisan bahasa ibunda.

helaian kertas
saiz genggaman
aku taipkan
puisi berdarah
kisah mereka yang terbuang.

aku koyakkan mata mereka
mengalir bendalir panas
membasah hati yang kering
merobek sawang individualistik.


itu dulu. 

waktu ini
aku tak sempat
menulis untuk menjerit lagi
tersekat di peti suara
yang terkunci.

" Maa, lapar,"

" Ini duit. Kau pergi jalan, beli,"

" Maa tak nak teman?"

ligas berkata tapi bukan dengan mulut tapi dengan jari.

bila kornea mata tak lagi tersilau
dengan kehadirannya
hati galau mencari-cari
teraba-raba dalam esak

" Bila mahu pulang nak,"

rintih sang ibu yang peduli
setelah kehilangan.

bila sudah mati
baru diingati.

..........


aku, kamu, dia ataupun yang sudah bersemadi... siapa yang bersalah?

Comments

  1. tk berperikemanusiaan langsung. sedih sgt. banyk pihak perlu ambil perhatian perkara ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts