Macam mana muda-muda dah pekak ni?

salam. happy semacam je hari ni sebab streaming laju walaupun dah dapat amaran "speed limit" oleh Encik Celcom haha. jumpa satu lagu kat blog Kak Ikaa, nice one. catchy and got something to do with myself now haha. derr bunga2 pftttt.

cerita malam ini ialah pasal TELINGA. yup, cuba raba2 sikit, masih ada ka? bersih ka? sepasang telinga kita ni tak ada tulang, komposisinya ialah cartilage (tissues). senang lentur, senang kena piat! tulah hikmahnya tak ada tulang :D variasi telinga (discontinuous variation) ada dua bentuk, detached dan attached. hah pegang2 telinga la tu nak check hehe.



kesihatan telinga ni dibahagikan kepada dua - kawasan kulit dan gegendang. 

penjagaan telinga ->

1. selepas mandi - lap dan bersihkan bahagian luar telinga dengan tuala/kain bersih.

2. bersihkan ear wax (tahi telinga yg menjadi perangkap habuk/serangga kecil yg sesat) - tak digalakkan guna putik kapas sebab akan menyebabkan tahi telinga ditolak masuk LAGI ke dalam dan mencederakan gegendang telinga. makin tersumbat adalah =,=' guna alat/pencungkil yg telah disteril dan mendapat jaminan doktor.  


gegendang telinga ni fungsinya untuk besarkan lagi signal/bunyi dan dihantar ke otak utk diiterpretasikan. tulah kita boleh dengar bunyi angin, kentut mahupun hembusan nafas seseorang. ini pun kena jaga dengan ->

1. volume earphone/headphone - pastikan tidak lebih dari 10. memandangkan bunyi direct dipancarkan ke telinga, bekalkan kekuatan nada yg minimum. kalau dah sampai orang kat sebelah dah boleh dengar lagu yg anda pasang, tiada lagi fungsi earphone sebagai alat privasi dan menjadi penyebab kerosakan gegendang telinga pula. kalau nak feel lebih, guna speaker je. 

2. elakkan berada di tempat2 yg mempunyai tahap kebisingan melebihi 80dB terlalu lama di
-kawasan kilang
-konsert 
-landasan kapal terbang
-stesen kereta api
-tapak pembinaan
-tepi jalan raya yg sibuk dgn kenderaan


amacam? dah jumpa sebab kenapa kadang2 anda tak mendengar dgn jelas mak panggil kat dapur ataupun guru mengajar di depan? ke buat2 tak dengar? haha. kalau dengar lagu atau tengok tv mesti nak sampai jiran sebelah dengar, mesti ada masalah tu.

dari sekarang, ambil langkah drastik dan proaktif dalam penjagaan telinga anda. bersyukur dgn pinjaman ALLAH, hargai sebelum anda tak mampu mendengar kicauan burung dan hembusan nafas anda sendiri :)

salam~

Comments

  1. ehh , ternampak label biology form 5 . hehe . thanx for the tips . kadang2 pandang remeh aje benda2 nie . ye laa , manusia kdg2 lupa bersyukur . bile nikmat da ditarik , baru ingat nak bersyukur XD .

    p/s : thanks a lot rin sbb bagi semangat :) . skrg da feel much better . hehe .

    ReplyDelete
  2. sya dari kecik memang ada masalah telinga.par telingalah paling sensitif:/
    tapi bersyukurlah still boleh mendengar.huhu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mira - bio~ hehe. urm betul tu, kena jaga leklok :D Alhamdulillah awk da oke :)

    syasya - stp org ad kelebihan dn kekurangan msg2. jd tk perlulah kita mengeluh kan sbb ad lagi mereka yg lebih "lemah" drpd kita :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts