Menapak ke Menara Gading.

salam. fuhh dah lama tk update. entahlah. rasa macam banyak sgt benda yg bugging aku kebelakangan ni. jadi aku lebih selesa ranting kat twitter ahaks. ap yg aku nak share adalah beberapa usaha yg aku lakukan utk membina laluan yg seterusnya utk melengkapi putaran hidup ni. membina laluan bukan semudah membentangkan karpet merah, malah batu-batan utk membina laluan perlu dibeli, disimen dan dirapikan.

*if i keep telling myself that i've no idea to write, i'll always be. huh.

apa yg patut dilakukan--->

1. bagi jelas apa bentuk perjalanan lepas SPM.
- aku tanya seniors yg sedang belajar - kebanyakan mereka belajar di matrikulasi dan asasi. setahun di asasi/matriks. bulan 6 selalunya intake. aku contact via FB, TWITTER. apa guna kalau nak buat tempat maki hamun bagai, benda penting pun susah nak nampak.
- ada yg sambung politeknik, itupun lepas penat menunggu tawaran U. pilihan yg ada ialah PRA-U ataupun politeknik.
- lepas habis matriks/asasi, tunggu result sebulan. intake utk degree bulan 9.

2. bagi jelas cara nak buat permohonan ke IPTA/IPTS
- selalunya pihak sekolah ada buat taklimat. jd jangan malas nak hadir. yg penting ialah matrikulasi (sebelum SPM lagi dah mohon) dan UPU. 2 ni penting.
- seterusnya ialah usaha sendiri utk apply BIASISWA dan IPTS lain. yg ini perlukan pengorbanan yg tinggi.

3. bagi jelas halatuju
- pilih kursus yg betul2 menjamin pekerjaan dan mampu di bawa.
-pilihan kerjaya mungkin berubah selepas keputusan SPM, jgn putus asa. cita2 dulu masih boleh dicapai dgn syarat ada kekuatan dan ketekunan. macam jiran aku, result yg dia dpt tk melayakkannya ambil course perubatan, jadi dia ambil course sains (diploma) dan akan teruskan sehingga berjaya ambil perubatan. jauh tapi pasti akan sampai.
- aku pun dalam dilema jadi aku tak boleh komen banyak pasal hal ni.


semua ini adalah langkah2 ringkas, terkecuali bagi mereka yg terbilang/kes khas dah dapat offer ataupun melanjutkan pelajaran berdasarkan keputusan percubaan.


terima kasih sahabat. xoxo

Comments

Popular Posts