senyum sampai ke telinga :)



salam.
senyum tak perlu kata apa2
:)
walaupun tersenyum pisang sendirian lepas tengok komen brader Apit yg mengucapkan tahniah sebab terpilih sebagai penerima doodle ciptaanya *aku rasa dia memang nak buatkan utk semua yg join haha. first time babe! yela start blogging pun masa belajar, itupun jarang nak update sebab duduk asrama. kehidupan pasca-SPM ni lah yg dok sempat update cerita, join sana join sini, berinteraksi dgn rakan2 blogger yg lain..memang memorabilia yg sangat manissss :)

kadang-kala aku rasa macam dapat ke mereka2 ini yg bervariasi ragam, latar belakang dan cara hidup terima cara aku? yela cara aku komen, kritik dan lontarkan pandangan mungkin tak dapat dihadam dgn baik kerana secara psikologinya aku hanyalah "orang asing" yg tiba2 hadir dlm hidup mereka2 ini.. kalau tak dapat terima hang buat apa public-kan blog? kan aku dah komen! haha. berani paparkan, berani terima kritikan. as you make your bed, so you must lie in it :) sama juga macam aku, vice versa la. sahabat kan saling melengkapi.

hari ni aku nak cerita tentang jari-jemari anda yg mulus tulus itu.

" prap! prap pap prakk!"
selalu dengar orang patah-patahkan jari? hah bukan patahkan tulang tapi meletupkan buih2 yg berada di sendi2 jari. ada orang kata perkara ni sebagai tabiat buruk dan ada pula yg menjustifikasi aktiviti ini sebagai salah satu senaman utk melegakan otot2 jari yg penat menaip mahupun menulis.

sebenarnya ada gas dlm sendi yg akan meneutralkan uric acid/asid urik. tindakan mematah-matahkan jari hanya akan menyebabkan gas ini terkumpul dan meletup. kekurangan gas ini akan menyebabkan mendapan asid yg merupakan salah satu punca gout.

natijahnya, elakkan tabiat mematah-matahkan jari ni utk kesihatan sendi-sendi anda :)

salam~

Comments

Post a Comment

Popular Posts