Cerita Orang Masjid (COM)

Salam. jumaat hari ini, jumaat dalam cuti. kalau tidak, dapat aku cuci mata melihat kaum Adam yg suci harum berteluk belanga dan bercekak musang lalu di hadapan kedai menuju ke rumah ALLAH. tertancap mata ke arah teruna yg mengukir senyuman seindah imannya. terngiang-ngiang lagi cerita kemanisan nikah gantung. menghalalkan pertemuan walaupun jauh di mata. indahnya jika ada sahabat yg dapat menghadiahkan pelukan hangat tika hati diruntun kesedihan yg amat. sahabat yg bergelar suami.

" Jangan buang persahabatan walaupun sudah bersuami isteri. masih ada ruang utk berdiskusi, memberi diri sendiri masa utk memahami dan meletakkan diri di dalam situasi orang lain jika berdiri di atas neraca persahabatan. " - Bonda

" Cinta itu tidak melemahkan tapi menguatkan." - 7 Petala Cinta

hari ini ura-uranya ada usrah di masjid. aku bersiap tanpa sempat menjamah nasi, dinding perut hanya teralas dgn kuih seri puteri, kek cawan dan kuih pulut utk mengelakkan hakisan hydrochloric acid. pukul 3, bertiga naik motor menuju ke masjid. berkerut dahi terangkat kening bila lihat hanya ada dua orang mak cik di gerbang masuk. masuk2 ada sebaris saf jemaah, 18 orang. itu termasuk adik aku dan dua orang lagi kerabat seumurnya. hampir satu jam dalam penantian, ustaz tak sampai lagi. ambil keputusan balik saja. bersangka baik. mungkin ustaz itu tak ditakdirkan utk berkongsi ilmu dgn kami hari ni.

ceritanya dalam penantian ada kemanisan. dua orang budak sekerabat dgn adik aku, umur 5 dan 6 tahun. mereka duduk di sebelah aku. mulanya biasa2 saja keletah dua beradik ni. tiba2 si akak merangkul leher si adik dan mula mengira diamond-like sequins di tudung sarung adiknya.

" yi, er, san, si, wu, liu, qi, ba, jiu, shi.."


trimas. xoxo

Comments

Popular Posts