Gempa Bumi Gempur Iman

salam. petang tadi dlm kesibukan menguruskan surat2 utk permohonan ke Jepun, aku sedar sesuatu di Twitter. gempa bumi di Acheh!




Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 8.6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi kita semua perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. Takut sekiranya berlaku kejadian tsunami.




Alhamdulillah, berita baik dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS, membatalkan amaran tsunami di Lautan Hindi yang dikeluarkan ekoran gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala Richter yang menggegarkan Aceh petang ini. - REUTERS

amaran Tsunami juga telah ditarik di P. Pinang, Melaka dan Selangor.

walaupun aku yg berada di Kluang ni tidak mengalami impak gegaran, namun ada kesan yg mungkin berpunca drpd gegaran awal dan susulan. petang tu ayah macam biasa pergi jala, yg peliknya ikan memang luar biasa banyak. namun begitu cuaca yg agak buruk memaksa ayah utk balik awal. dari petang tadi sampai Isya' hujan lebat disusuli petir dan guruh. Subhanallah~

ketakutan mula menyelubungi atmosfera. masing2 mula bertakafur dlm gigil ketakutan. takut kiamat. takut diri ini kosong utk menghadapi kematian. namun ada juga yg bersikap sarkastik dan skeptikal terhadap mereka yg mahu insaf dan menghampiri taubat. 

apa punya orang.



Comments

Popular Posts