Impian dan Biasiswa JPA


salam. huhu ap habaq semua? seperti biasa masa yg berkualiti sebelum keputusan SPM hr tu banyak dihabiskan dgn blogging. kebelakangan ni suam2 kuku hangat2 tahi ayam je aku menceburkan diri dlm arena blogging ni. kenapa ye? sebab sibuk uruskan hal2 berkenaan biasiswa semua ni, nak photostat sijil, nak cop kat sekolah. banyak update dekat Google, FB dan Twitter.

bulan Mac ialah bulan utk apply biasiswa dan settlekan urusan kemasukan ke IPTA/IPTS/Kolej Kemahiran, menghadiri karnival kerjaya dan sebagainya. muncul April utk memberi laluan kpd jawapan2 kpd segala permohonan.

masa inilah utk apply konsep REDHA. dah usaha dan doa, tawakal menyempurnakan permintaan kita.

seperti melukut di tepi gantang, buat masa ni tiada sebarang tawaran/penerimaan biasiswa utk aku.


tapi, ad berita baik utk mereka yg mendapat 9A+ ke atas. rekod paling gempak ialah 12A+, 7 orang. 50 terbilang SPM, mereka akan ditawarkan PROGRAM BIASISWA NASIONAL oleh JPA dan KPM. manakala 1609 pelajar lain ditawarkan BURSARY (bantuan kewangan) secara automatik.


manakala mereka yg tidak memperoleh 9A+, boleh memohon PILN/PIDN selepas menamatkan pengajian di matrikulasi/asasi/praU dgn CGPA 3.5 ke atas. 



ad juga program kejuruteraan di luar negara (Jepun, Korea, Perancis dan Jerman). minimum 9A-, boleh mohon utk buat A-level/IB, kursus bahasa (1 tahun) --> overseas.



maklumat lanjut boleh baca di sini.




selamat berjuang ye rakan2. bila sebuah pintu telah tertutup, masih ada lagi 10 pintu yg masih belum terselak langsirnya. jgn berputus asa dan buktikan bahawa kita boleh melangkah jauh walaupun bermula dgn langkahan kecil sahaja.

aja2 fighting!!
salam. xoxo

Comments

Popular Posts