Kentang, Kebencian dan Kemaafan.

salam. apa habaq semua? muhasabah diri malam ni, maafkan orang sebelum tidur dan jgn bawa masalah dlm mimpi! *kenyit2 mata*

habaq satu cerita.

seorang cikgu tadika membawa seguni kentang. bukan potato gila kentang tu, kentang mentah. dia nak buat satu 'game' dgn anak2 murid dia. konsepnya senang.

1. sebiji kentang = orang yg dibenci
2. hari2 kena bawa kentang pergi sekolah. 
3. haram keluarkan kentang.



jadi masing2 berebut utk dapatkan kentang dan masukkan dalam beg Hello Kitty, Angry Birds dan Spongebob masing2. ada yg masukkan sampai 27 biji, ada 2 3 biji je. sampai tak larat nak angkut beg bawa balik rumah.  ada juga yg terlentang ke belakang masa nak angkat beg! masing2 dah mengeluh. tiba2 seorang budak perempuan yg pakai beg Angry Birds dgn 18 biji kentang dalam begnya bersuara.


" Teacher, tak naklah main game ni. beratlah beg," sambil buat muka kesian ala2 Garfield nak makan lasagna. 

" Hah, nak ringan? syaratnya, keluarkan sebiji kentang jika awak dah memaafkan orang yg awak benci tu," sambil kenyit2 mata.

masing2 berpandangan antara satu sama lain. tiada respon. masing2 balik dengan beg yg berat. esoknya mereka datang ke sekolah dgn muka monyok minta pelempang. tapi mereka kembali ceria apabila seorang demi seorang keluarkan kentang mengikut bilangan individu yg mereka telah maafkan.

" Hah, Afiq curi nugget aku hari tu, tapi tak kisahlah. mama kan banyak nugget," ujar Lisa sambil letak sebiji kentang dlm bakul di meja guru. 

" Tinggal 2 biji je. ni Abang Aji ngn Kak Yaya. diorang selalu buli Mimi, menci menci!" jerit Mimi dgn menepuk2 begnya sambil menangis teresak-esak.

bagi mereka yg sangat berat utk memaafkan kesalahan orang lain dan terus mementingkan diri sendiri, bilangan kentang dlm beg tidak susut. hari demi hari, kentang mula busuk dan mengeluarkan bau yg sangat menyengat rongga hidung. kentang yg benyek dan berair itu mula mengotorkan beg dan buku mereka. ada sesetengahnya sudah berulat!

bagi mereka yg lembut hati dan sudah memaafkan kesalahan semua orang, mereka kembali ceria dgn membawa beg yg ringan dan tidak melenguhkan bahu. malah semakin bersemangat utk belajar. namun terganggu dgn bau busuk kentang rakan2 lain yg keras hati!

cikgu tadika persis Neelofa tu mula menyingkap apa yg tersirat dlm permainan ini. dia suruh anak2 muridnya memerhatikan sekeliling dan mula membandingkan situasi yg dihadapi rakan2 lain. masing2 tersenyum kentang. murid lain yg masih mempunyai kentang mula mengeluarkan kentang busuk mereka lalu membalingnya ke arah rakan2 yg mentersenyumkentangkan mereka dan perang kentang tercetus dlm kelas tersebut!

apa dia nak cerita ni? --'


" Aura kebencian akan membelenggu jiwa anda dan dendam menghakisnya hari demi hari sehingga anda tidak berhati perut dan sentiasa pesimistik. manakala jika kemaafan itu diberi, jiwa anda akan disirami ketenangan dan anda akan sentiasa optimistik.. "
" Kerunsingan dan kecelaruan jika anda membenci, ketenangan dan kedamaian jika anda memaafkan. " 


"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" 
(QS Al-Nur [24]: 22).
"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" 
(QS Al-Syura [42]: 40).
sekian, trimas ;)

Comments

  1. gud moral of the story...heheh...

    ReplyDelete
  2. semoga kisah ini menjadi ibrah utk semua:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts