SAHABAT

PROLOG

mencari sahabat 
hadirnya 
menguntum senyum
penenang hati.

mencari sahabat
yg hadirnya dibilang
hilangnya dikhabar.

kepercayaan itu ada harganya
bukan utk dijual dan dibeli
tapi utk dijaga dan dihargai.

pencarian ada perhentian
memori ada pahitnya
sahabat ada yg hilang
kenangan ada yg tinggal.

cebisan perasaan ini aku kongsikan atas nama kekecewaan dlm menyelusuri dunia persahabatan. lumrah pasang surut pahit manis, mana ada pantai yg tak terhakis oleh ombak. namun masih ada benteng dan kayu-kayan yg dapat menghalang ganasnya hempasan ombak. *background lagu Ombak Rindu*

sejak kecil aku diterapkan dgn prinsip berkawan biar bersederhana, tak perlu ada kawan yg terlalu rapat/baik. pesan yg ibu titipkan tiap kali mahu berkelana ke tempat orang. sebab ibu tahu aku mudah berkawan dan susah utk berenggang jika dah terlalu rapat. mengimbas peristiwa masa kecik, aku ada seorang sahabat, anak kenalan ibu yg terlibat dgn Amway. main sama2, panjat pokok, ketawa kuat2.. masalahnya aku sampai nak ikut dia balik rumah. bengang jugalah masa tu sebab aku melalak nak ikut balik. ibu tarik ke bilik, sesah dgn hanger. meraung aku satu rumah! *peh ingat lagi tu kena belasah masa kecik*

aku sudah dimomokkan dgn idealogi kawan ni ada dua. BOLEH DIPERCAYAI dan MENGHASUT/TIKAM BELAKANG. 

  • bila berkawan jgn rapat sangat, nanti senang terpengaruh perkara yg bertentangan dgn prinsip diri. sebab kita akan ada perasaan utk susah berkata TIDAK atas pelawaan kawan.
  • bila berkawan, jangan berhutang budi. beli dia dah bagi, kita terima. bila kita dah ada, kita kongsi. bagi aku pertolongan dari segi akademik juga merupakan budi. kita bertukar-tukar subjek kepakaran masing2. 
  • bila berkawan jangan buka aib. makin lama kita berkawan makin banyak kelemahan dan kekurangan yg kita nampak. tapi ceritalah kelebihan, keistimewaan dan kebaikan yg kita terima. 


EPILOG

hadirnya bagai pelangi, muncul selepas hujan dan petir. 


salam.

Comments

  1. betul ckp mak adik tu,,nk kwn kena berpada-pada,,bila dah rapat sgt,,klu ditinggalkan nanti mesti sedih sgt,,kwn je ramai2 gitu,,;)

    ReplyDelete
  2. nadzirah - terima kasih haha ^^ b'kongsi cerita.

    missina - betul tu. yg pntg kna pendirian sndiri :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts