Posts

Showing posts from May, 2012

Memang.

sangat seram bila tiba2....
bunyi zink macam nak tercabut
ada derap langkah laju di luar rumah - seperti mengejar sesuatu
tap tap dap!  barang2 yg dilonggok kat tepi rumah jatuh pokok bergoyang kuat angin menderu laju
dub dub dub dub! langsir melambai-lambai
selimut bagai menekup rongga hidung
semua orang dah tidur


 pada pukul 2.40 pagi.


MEMANG MEREMANG. tak dinafikan.

resam burung hantu

Image

Pelita Kunang-kunang

#1

Malam ini bulan muncul riang macam biasa. Bintang berkerlip tersenyum macam biasa. Namun degup hati luar biasa. Langkah diatur dan tangan erat menggenggam jari-jemari yang sejuk itu. Salam dilaung dan masuklah ke ruang tamu yang sudah dipenuhi budak-budak kecil yang menunggu giliran. Duduk bersimpuh sebelah budak perempuan yang rongak tengah tersengih melihat kami membetul letak kaki. Dia kalih pandangan ke arah helaian al-Quran yang terhidang di depan mata. Aku mulakan dengan basmallah dan mula membaca ibu surah sambil menyelak muka surat yang telah dilipat kecil di hujungnya. Kujeling muqaddam yang masih terletak senget atas rehal dan tak tersentuh lagi. “ Bismillah..hirrohman..nirrohim...” suaku sambil menyelak helaian muqaddam. Lemah suaranya mengajuk basmallah yang kututurkan lembut. Pensel kayu yang terdampar di dasar beg sandang kukeluarkan dan beri padanya. Dia tunjuk satu persatu huruf yang berbaris atas, bawah dan depan sambil dibunyikan. Walaupun kedengaran sukar pada mula…

Bila yang tersirat tersurat.

Image
Salam. Lailatu sa’iedah! Apa habaq semua? Alhamdulillah. Kalau masih boleh baca coretan aku ni, okeletuhhh;) Hari ni 1 Rejab, lepastu Syaaban dan menjelmanya Ramadan yg dirindui. Kepada kaum hawa, inilah masa untuk melengkapi tuntutan puasa qada bagi yg belum sempurna lagi. Dari apa yg aku pelajari dan baca, wajib dahulukan puasa qada dari puasa sunat. Jadi habiskan puasa ganti dulu, lepas tu rebutlah keberkatan puasa sunat sepanjang Rejab ni. Bidznillah.

Acap kali diajukan soalan, “ Dapat mana?”, “ Lepas ni sambung mana kak?” dan soalan yg sewaktu dengannya. Apa yang boleh aku khabarkan, insyaALLAH aku akan meneruskan musafir menuntut ilmu di UIA, asasi sains fizikal di Putrajaya. Dalam masa yg sama masih berteka-teki dgn keputusan dari pihak MARA, permohonan utk menuntut di KMB – IB -> MBBS di Manipal University, India dan Manipal Melaka. I Jun ni segala persoalan akan terjawab dan keputusan yg terbaik perlu diambil. Soalan ini tak akan sempat terjawab dalam masa 24 jam selepas …

Temuduga MARA 2012 (Edisi Khas Johor)

Image
Bismillah..

Salam. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar utk temuduga pertama selepas tamat zaman persekolahan. Entri ini ialah buah tangan dari JB memandangkan ramai rakan2 yg utk 2 3 hari ni berkongsi maklumat dan pengalaman, tidak lupa juga sahabat yg bakal ditemuduga esok. Anda semua sangat hebat dan bakal menjadi yg terhebat! Jadi sebagai tanda honorarium aku gagahkan diri utk menulis entri ni. *padahal satu hari dah tidur*

PROLOG

Khamis, perjalanan dari Kluang ke JB mengambil masa 2 jam/+-. Macam biasalah dlm bas konon2 baca balik esei yg katanya 300 patah perkataan tu. Last2 simpan balik dlm beg, perati brader sebelah haha :P tak adalah, aku memuhasabahkan diri sambil melayan mata melihat panaroma rimba konkrit. sebelum tu ada buat research sikit. Memandangkan aku dijadualkan pada hari kedua sesi temuduga ni, banyak juga advantage yg aku dapat dgn merujuk pengalaman meraka yg bertuah ditemuduga pada hari pertama. Kena rajin sebenarnya utk merisik/bertanya walaupun secara…

Jalinan Aksara

salam. PROLOG.

JALIN KAIT 1
jaga-jaga
pandang jangan lepas
nanti ada tangan
yang tukang kebas.

jaga-jaga
jangan leka ber-facebook
nanti ada
yang tukang sibuk.

jaga-jaga
jangan obses ber-tweet
nanti tak sedar
ada yang tercuit.

ibu ayah, jaga anak.
abang kakak, jaga adik.
dato' datin, jaga amanah.
pak cik mak cik, jaga mulut.
siswa siswi, jaga etika.
awak saya, jaga iman. 
JALIN KAIT 2
bila gerimis,
sejuk hati
gigil jiwa.

bila hujan,
lopak takung air
bersih kotoran yang lekat
tinggal kesan
berkocak gigal.

bila pelangi menjeling malu,
kapas awan lindung perawan,
hilang busuk manusia,
menusuk wangi alam.

biar hujan
bersih dosa.
JALIN KAIT 3

wahai abang
adik tahu
abang perjuang ideologi
atas nama keadilan.

adik tahu
abang mahu musnahkan
keparat dalam korporat.

adik tahu.

tapi abang tak tahu
adik perjuang
maruah keluarga.

abang tak tahu
adik tak mahu
tumpah peluh darah
dari luka ayahanda.

abang tak tahu.

JALIN KAIT 4
letak-letak
harapan atas almari

sukar capai balik
berhabuk bila abai

Semak Biasiswa JPA!!

salam. utk mereka yg telah membuat permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman boleh buat semakan pada 2hb Mei 2012 Jam 5:30 Petang Di eSilav2.

SEMAKAN di sini eSilav2

all the best:)
bila sebuah pintu tertutup, masih ada lagi 10 buah pintu yg belum diketuk !