IB, KMB - Noktah Biru, Tiket Baru.

Salam. Termaktubnya satu keputusan besar yg bakal mencorak masa depan aku. Adakah ini yg terbaik dan yg diredhai olehNya? Aku hanya mampu merisik jawapan dalam untaian doa saban hari. Aku bakal meninggalkan semua ini. Perjalanan yg bakal bermula, tiket sudah ada di tangan – ada destinasi, masa, tarikh dan tempat duduk.
“ Jangan meragui-Nya... “

Seawal 29/5 aku dah dapat keputusan MARA yg dijangka keluar pada 1 Jun. Masin mulut ayah yg inginkan keputusan keluar seawal mungkin agar tidak kelam kabut utk menguruskan kemasukan ke UIA jika aku tidak layak di mata pihak MARA. Aku akui langkahku semakin dekat utk ke Petaling Jaya, semua dokumen dah siap, sekelumit usaha mengenal frasa bahasa Arab dan keterujaan bersama rakan2 sekolah yg turut bersama dlm batalion ini. Namun, keputusan perlu dibuat walaupun hati berat utk meletakkan satu noktah dlm rentetan dilema ini.

“ life is what we give”

Bukan mudah. Bagi aku yg bukan berlatarbelakangkan pendidikan SBP/MRSM, aku bermula dgn agak sukar. Perjalanan bukan semudah yg disangka. Banyak pengorbanan bermandikan peluh dan air mata utk menuju ke tapak yg sedang aku berdiri sekarang. Alhamdulillah, ibu ayah, sahabat2, akak dan abang senior banyak membantu. Walaupun perkenalan singkat terjalin di ruang legar maya namun bantuan yg diberikan membatasi sempadan usia dan masa. Terima kasih.

Aku susah utk jatuh cinta dan akhirnya aku terpaksa melepaskan. Cinta itu tidak seharusnya memiliki bukan? Aku jatuh cinta dgn biah, cabaran, pensyarah, suasana, mahallah dan keluarganya; UIA. Ahli keluarga yg bakal aku temui hari ini. Ikatan kasih sayang yg terjalin tidak berakhir dgn pertemuan. Maaf kepada Syed, Puteri, Amin, Fatin dan Aisyah. Maaf kerana tak dapat bersama dlm batalion yg sama, tapi kita masih berpegang pada misi yg satu bukan?;) Syed, meroyan bukan satu kaedah utk mengekspresikan REDHA. Mana2 pun, yg penting kau peguam antikorupsi dan fisabillillah.

“ Redhai dan berkati pilihanku dunia akhirat ya ALLAH.. “

26.6, langkahku akan terus mengorak jauh. KMB bakal menjadi madrasah ilmu seterusnya. Satu demi satu jurnal bekas pelajar KMB aku selusuri utk jatuh cinta, sekali lagi. Aku cuba hadam asam garam susah senang IB; TOK, EE, CAS, Biology HL, Maths, English, Malay, lab reports bagai etc. Terima kasih. Dah lama aku berehat, perlu bekerja balik. Aku tak akan (akan cuba utk mengatakan TIDAK) merungut utk mendapatkan rehat yg panjang dan tak akan mengeluh dgn masa yg singkat utk menyiapkan segala tugasan. Harap2. Fuhh. Bidznillah.

" IB = Insanely Busy." - Abang Zaim
" IB teach you to be all-rounded and holistic student. balanced out dari segi academic and co curricular." - Kak Lisa Kamal

Ahh gembira sangat bila sahabat2 sudah sambung belajar. Syukur. Aku dah jauh utk terus bersama menyokong dari belakang. Kalau kau ingin jatuh, ingat pesanku waktu SPM dulu. Harap2 masih bersarang. KMJ, KMNS, UIA, UiTM, POU, KOLEJ KEMAHIRAN, UPM, UPNM, UKM, TAYLOR; terbaik. Belajar fisabillillah, kerja nanti rezeki ALLAH. Janji ada ilmu, ada amal.

“ Belajar medic ni selalu/kadang2 ada hati yg kosong, sebab dok hadap ilmu dunia. Jangan lupa solat. Kalau rasa dah kosong tu, buka Youtube dengar ceramah, sedar balik. Kadang2 ajak member solat pun kena marah, “ - Dr Abang Qhusaiyrie 

Biah itu penting, sahabat itu tika genting. Tegur-tanpa-henti sampai 4 perkara;
1. Penegur mati. 
2. Yg kena tegur mati. 
3. Kiamat. 
4. Yg kena tegur berubah. 

Aku bakal penegur dan juga yg kena tegur.

“ Qila, qila..”

“ emm?!”

“ tidur dah pukul berapa ni,”

*tengok jam* 



Salam.

Comments

Post a Comment

Popular Posts