Al-kisah Cawan dan Ramadan:)

Assalamualaikum~ fuhh Alhamdulillah. berkesempatan juga utk menulis, hampir sebulan juga tak jengah sini. ada juga blogwalking, tapi sekadar mengutip mutiara ilmu tanpa sebarang komen.

Alhamdulillah. hampir sebulan kat KMB. dannn, banyak benda yg aku belajar dan perbaiki. better off. banyak gila benda nak share sebenarnya haha. memandangkan esok 1 Ramadan *yehhhhh* dan telah diberi peringatan utk tak tidur lewat, jadi entri kali ni hanya memuatkan kisah yg ingin dikongsikan bersama rakan2 semua:) *sensorang kat bilik sebab roommate balik isk*

KULBLOG#1 

bismillah.

kisahnya...


Pak Hamid akan buka gerai masa Ramadan ni. jual ayaq tembikai fresh dari ladang. utk hari ni dia buat promosi. jadi dia ajak semua orang kampung singgah rumah dia utk try test ayaq tembikai ni. semua orang dapat peluang sekali je utk rasa. kalau nak rasa lagi? kenalah beli masa kat bazar nanti hewhew.  Pak Hamid juga nak praktikkan skill utk service ayaq ni iaitu dalam masa 30 saat utk seorang. takut sesak nanti masa puasa ramai sangat orang nak beli. so dia nak serve cepat2.




jadi datanglah dua orang pemuda ni, Raof dan Fahmi. memandangkan Pak Hamid nak save budget, dia suruh orang kampung yg nak pekena ayaq tembikai bawa cawan masing2. yang bestnya dia juga sediakan service basuh cawan. haaa, yg Raof ni dah bawa cawan bersih awal2 dari rumah manakala Fahmi pula bawa cawan yg kotor. Raof pun pergilah ke gerai Pak Hamid dan try test ayaq tembikai yg sungguh fresh tu.  Fahmi pula kenalah basuh cawan dia dulu. basuh2 sampai bersih, 30 saat dah habis!!!! :O dapatkah dia merasa ayaq tembikai tu?

.
.
.

tak dapat!!!!! sebab hanya 30 saat diperuntukkan utk sorang!

cuba kita imbas kembali, apa yg mereka dapat sebenarnya?

Raof - cawan bersih yg penuh dgn ayaq tembikai yg fresh dan manis dlm masa 30 saat.
Fahmi - cawan yg bersih sahaja dlm masa 30 saat.

THE END. 

eh eh.. apa kaitannya cawan dan Ramadan?

haaaa.. cuba kita fikir! ~~(^o^)~~

bersediakah kita utk berpuasa esok? sempat lagikah utk menyucikan hati kita dan dalam masa yg sama mengisinya dgn penuh sesuatu yg manis dan indah? sempatttttt!

jom grab banyak2 pahala dgn amalan2 yg OSEM ni! jom kita tadarus, tadabbur ayat, study sama2 dan share ilmu. sedekah makanan kat kawan2, kat orang2 yg susah. wahh banyaknya boleh buat >,<

yg penting niat tu dulu! tajdid (perbetul) niat hari2. kita berpuasa kerana ALLAH dan ingin mendekatiNya setiap saat!:D main key ialah istiqomah. buat sikit2 tapi hari2:D

boleh print lepas tu tampal kt board/peti ais!

puasa tu camna? puasa tu tahan perut, bawah perut dan anggota2 lain, dari terbit fajar hingga terbenam matahari dgn niat kerana ALLAH sebelum puasa iaitu setiap malam/niat sebulan teruih. kalau ehem kita kaum Hawa ni ada singgah R&R, boleh je niat sebulan dan teruskan "perjalanan" macam biasa lepas tu;)


Kalau terbatal puasa atau tersengaja membatalkan puasa, HARAM makan dan minum taw, even dah batal sekalipun! haaa jangan memain yee..


selamat berpuasa!




jazakallahukhair kepada Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff, Brother Afiq dan Akak2 KULSEM:)

original idea : CBO Studio.

Comments

Popular Posts