Ketupat untuk Bonda.


raya masa zaman SPM (macam 10 tahun yg lepas je) :
masa ibarat kuah kacang;
siapa lambat cedok, habis.
siapa cepat makan, kenyang.

raya zaman sekarang:
masa ibarat ketupat;
dianyam dgn teliti,
salah boleh patah balik,
tapi daun akan kering,

merenggang bila lambat,
layu bila ditinggal lama.

entah bila raya dgn bonda ayahanda kakanda adinda nenda, dan sahabat sehidup semati sejiwa sehati
akan semeriah ini.

seikat ketupat, bersama tika kosong dan penuh. bersatu ketika panas dan sejuk.

menganyam memori. entah bila lagi.

SALAM LEBARAN.
MAAF ZAHIR BATIN.

SKSKT0106, STK0711, KMB1214.

Comments

Post a Comment

Popular Posts