Dari Busten ke Hati

Bismillah..

Assalamualaikum ya ukhti wa akhi! Alhamdulillah.. bersua kita kembali di ruangan maya ini. Utk makluman semua (awat formal semacam), entri ni ditulis di terminal bersepadu selatan (semalam), alaa busten ala2 epot tu haa.. baru sahaja selesai bermathurat bersama kak Abin terchenta. Cuba bayangkan kitorang port kat tiang tengah2 laluan org ramai sambil menyelak helaian demi helaian, pehh. Ekor mata ni tak dok diam cuba menangkap kelibat dan pandangan orang yg lalu lalang. Tapi hati ni tetap berpegang pada satu kata2 dan ungkapan dari video seorang sahabat.

"malu ke nak jadi Muslim yg sebenar? Malu nak baca Quran tengah2 busten? Hang kat negara orang Islam kan? Kalau kat negara sendirik malu, nanti dah fly obersi lagi berdouble la malu tu ye.. yela nanti orang kata kau bajet alim la, buat kat rumah sudah. eh, kau nak manusia pandang ke ALLAH pandang?"

"Dakwah itu menyeru dan mengajak ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran. simple. dakwah bukan hak milik ustad ustazah je. qudwah itu dakwah."


Sesungguhnya kekuatan dan mujahadah itu dari ALLAH.

Syukran kak Abin ‘tampar’ saya kuat2. Rasa selesa kat KMB, bila keluar terkejut tengok benda pelik2 orang buat. Bukan la nak terkejut bewuk ke apa, bukan la kat KMB tak ada orang buat pelik2. Cuma, rasa macam tak jalankan peranan bila berada kat luar ni. *Dusshh*

Raya haji kali ini, rasanya lebih bermakna dgn hadirnya definisi pengorbanan yg sebenar itu sendiri. Sebelum ni konotasi raya haji mesti je LEMBU. Haha. Sembelih. Sup gearbox. Kalau tak dapat balik raya, lagi bermakna lagi rasanya *siap ada ikhwah buat video, cehhh*

Rindu kot nak balik rumah. Nak jumpa ibu ayah, Anas, ayin.. nak larikan diri sekejap dari realiti KMB. *err*

Bercerita mengenai REALITI, kata yg berlawanan ialah DELUSI atau FANTASI. Setuju?

Semalam dah la dok bergelak ketawa dgn lawak sarkastik + sinisme + sentap seorang pengamal undang2 yg paling sempoi la aku pernah jumpa (macam dah jumpa ramai je). En Shamsul namanya. Cehh promote2. Sebenarnya malam tu dikatakan ada talk dari JPAM + exam WARISAN. Last2 habis pukul 11. Exam postpone la gamaknya. Pehh dlm hati mengeluh, penat dok mencatat membuntang mata dari awal sampai akhir. Pastu terus pop up;

“ hang ni dari dulu dok exam-oriented. Ni nak tuntut ilmu ke nak markah tinggi je?”

Duhh!

Astaghfirullah!

macam ABC la entri ak ni -.-'' nak cerita apa sebenonya?

TO BE CONTINUED...

Comments

Popular Posts