Raja : Antara Amanat dan Matlamat

Bismillah..

Assalamualaikum:) Alhamdulillah.. raya kali ni mewah dengan rendang dagingnya, sup gearboxnya, grilled beef with black pepper sauce-nya, ye dak? :P ada juga famili yg meriah dengan ayam masak merah, ayam masak kicap, ewahh.. (nenda aku letuhh -,- ). tapi yg penting, makan kena beringat. beringat dgn kuantitinya, dgn pembakaran lemaknya. dgn mereka yg di sana juga.. saudara kita kat Syria, kat Palestin.. ada yg 'berjuadahkan' air mata apabila anak tersayang terkorban di medan jihad pada pagi raya.. ALLAH!

mengimbas peristiwa petang tadi, senyum sumbing sorang2 sambil menaip entri ni:) naqib dan naqibah datang rumah! hehe. seronok! tapi sepatutnya aku yg kena mai rumah diorang T.T memandangkan esok aku tak dapat nak datang walimah diorang, Kak Zizah ngn Abg Hazim mai rumah.

" bila kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH...."

menyelak tawarikh usrah waktu di sekolah menengah dulu, nama Abg Hazim, Kak Zizah dan Kak Ajwah yg selalu bermain di minda. walau jauh di mata, sentiasa dekat di henpon. eh. hoho. tapi.. sayangnya dulu aku tak tahu pun apa motif sebenar berusrah semua. yg ada dalam otak masa tu, kena buat program usrah dgn student lain, paling koman pun tazkirah. lepas dah buat, cukup. alleged dai'e. 

lepas tu fokus SPM. study mudy semua, dapat result, target nak masuk U. 
sama je masa UPSR dulu, dapat 5A masuk sekolah best. 
masa PMR, dapat result best apply SBP/MRSM. 
corner balik lepas SPM, masuk U best, dapat pointer best. kerja best, duit best. tunaikan impian ibu ayah. lepas tu, fikir pasal nak bina masjid sendiri cewahh..

lepas tu? 

krik krik..

mungkin kita sedang duduk di kerusi sambil memangku ipad5, menerawang jauh ke arah awan2 yg berarak perlahan..  memikirkan kehidupan bahagia yg kita telah bina dgn usaha yg tak henti2, jerit payah dan pengorbanan yg dilalui sejak zaman persekolahan..




tiba2.....

terkuak awan di langit seolah-olah membentuk sebentuk layar. layar yg tiba2 memancarkan cahaya terang benderang memaparkan wajah2 mereka yg sedang berperang dgn kesakitan, dihina dan dicaci oleh mereka yg berhati binatang bertopeng syaitan! sanggupkah ketika itu kita hanya melihat Islam itu tidak lagi dipandang mulia? lupakah kita Islam itu penguasa 2/3 dunia waktu zaman pemerintahan Uthmaniyah?

arghhh.. apa je aku boleh buat?! (mungkin statement itu yg terpop-up di fikiran kita..)

apa yg boleh *aku buat? (masukkan nama anda atau sesiapa saja pada *)

bukan apa yg aku BOLEH buat, sepatutnya apa yg aku PERLU buat.


1.Hidup ni utk apa? huarghh!

acap kali kita melihat lalat atau nyamuk sebagai binatang perosak dan tak berguna. begitu juga dgn babi. tapi babi jugalah yg sering keluar dari mulut kita. membabikan orang membabi buta. kita lupa bahawa ciptaan ALLAH itu tiada yg sia2. cuma segelintir daripada kita mudah membuat konklusi tanpa berfikir. lalat tugasnya sebagai polis kebersihan. begitu juga sang nyamuk. jika tiada mereka, apa kiranya manusia akan menjaga kebersihan? kerana tanpa mereka tiada malaria, taun dan Aedes akan disebarkan. oleh itu, manusia akan bergelumang dgn kekotoran, sampah sarap bertimbun dan makanan dibiar terdedah tanpa ditutup. begitu juga kita. ada sebabnya.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu
[51:56]

kita ni hambaNya. sudah tentu sebagai hamba, Tuan kitalah segalanya bagi kita. Dialah yg kita sembah dan meminta pertolongan. 100% kebergantungan kita kepadaNya. priority kita adalah ibadat kepadaNya. bercakap soal ibadat, ia sangat luas.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".  [2:30]


apa yg dikatakan sebagai seorang khalifah? mesti terfikir mesti kena jadi pemimpin negara atau parti politik bukan? sayang sekali bila kita fikir akan ada mereka yg bakal memimpin. mereka yg betul2 layak. bila tengok diri sendiri, terus cop diri serba kekurangan, kurang ilmu dan langsung tak berkaliber utk menjadi seorang pemimpin. ahaii.. adakah kita lupa jiwa pemimpin itu sudah tertanam sejak kita kecil lagi? sewaktu ibu membawa kita ke kedai runcit, kita bagai diktator menyuruh ibu membeli aiskrim, gula2 dan air kotak. sewaktu kita di kelas, kita bagai presiden menyuruh rakan sekelas menyapu kelas dan memadam papan hitam. sewaktu remaja, raja di hati siapakah yg menentukan course dan universiti mana yg mahu diambil? ya, kita sudah menjadi pemimpin. born to be.

2. Apa yg kita AIM?

buku sejarah tingkatan 4 dan 5 antara buku wajib koyak. dan kata2 falsafah George Santayana ini sering berputar dalam fikiran pelajar tingkatan 5 yg sering bergelumang dgn buku sejarah.

 "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"

masih terbuku ketakutan itu bila seorang sahabat menyatakan bahawa kita orang Islam masih hidup di alam fantasi delusi ilusi! ahaiii.. tak real lagi ke dgn minda kelas pertama kita, sejajarnya kita dgn negara2 maju yg lain, lahirnya angkawasan negara, fesyen muslimah yg glamer2, janji2 kerajaan yg ditepati,  munculnya kita sebagai hab membeli-belah terbaik di dunia? wuttt? kita masih bermimpi?

yup, itulah kebenaran. kita ketinggalan sebenarnya. termaktub dlm al-Quran peribadi yahudi bagaimana, peribadi kita bagaimana. ALLAH kata 


ISLAM tertegak semula sebagai USTAZIATUL ALAM. di mana Islam itu diamalkan sepenuhnya, Islam dirujuk sebagai panduan semua aspek (politik, ekonomi, sosial, pendidikan), dan Islam dihormati oleh non-muslim.

3. Strategi Perang
kita perlu bermula dari bawah. start dgn pembentukan Individu Muslim berteraskan 10 muwasafat tarbiyyah.  Jadi seorang GHULAM (ilmu Islam + ilmu dunia)  yg mempunyai LOGAM (kelebihan/kekuatan) utk sampaikan (peranan) DAKWAH (matlamat).

4. Tentera Di-raja
tajdid niat, pasak bendera jihad, berpegang erat dgn sahabat seperjuangan, doa wehdah kita laungkan! aulawiyat menjadi kompas decision-making. how to prioritize the priority?


" cuba bayangkan main bola tanpa gol? aimless."



rasa macam ABC ke? langkah anda seterusnya utk clarify segala benda yg telah dibaca di atas adalah USAHA pertama menuju ke arah merealisasikan matlamat kita!:D boleh rujuk sini double kefahaman.

dan

triple kefahaman.



Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



asif jika aku hanya mampu berkata-kata
dakwah itu tak perlu orang yg sempurna
mahu atau tidak
kita ada jalan, ada pilihan.

salam.   

Comments

Popular Posts