Kembara Terakhir - Al-Fatihah




Sabtu, 24 November 2012

Bismillah.. all praises to ALLAH The Almighty. Am here now, at Medical Interest Group’s conference room, Bangi attending a daurah on something that we called BLOOM, and this time it’s already 3.0. wohaa!




Dah hampir satu hari aku meninggalkan minggu sem exam. ALLAH! Rasa sangat ringan, gumbira dan bercampur baur kecuakan minggu exam review. Pehh.. selalunya org kata first attempt ni la benchmark utk 3 sem yg akan datang. Dup dup dup.

Ahad, 25 November 2012

Alhamdulillah.. kembara pulang ke teratak bonda yg terchenta akhirnya berakhir pada pukul 10 malam tadi. First time balik sensorang dr Putrajaya Central – BTS – Kluang. Sebelum ni ada la juga terserempak dgn senior or budak 1 batch dlm perjalanan ke Kluang. Pheww.. “ individu muslim; mampu berdikari – qadirun ‘alal kasbi”. Terngiang-ngiang. Seiring sejalan dgn lebat degupan jantung. Dah la dgn ke-blur-an naik lifnya, lorong2nya, tapi dgn zikir “ALLAH protect aku, ALLAH guide langkahku..” aku tempuh segala trial and error dalam mencari jalan yg tepat utk pulang. Huwargh T.T

Seat..13!

Gulp. Lelaki itu.

Aku pandang sekeliling. Haa..

“ Adik..psstt. awak dok sebelah abang ni boleh?”

“ Huh? Tape r, saya dok belakang.”

“ Yeh, bagus.”

Selamat. Erk. Alomak. Sebelah kosong lagi. Probability 50% ni. Mata meliar. Hah.

“ Siapa dok sebelah ni?”

“ Tade siapa2 kak. Alaa dok je tak yah ikut nombor pun..er.”

Selamat 4 jam.

Sampai busten Kluang. Ayah menghampiri. Kucup tangan dan minta permisi. Beliau terkedu sekejap.

“ Kejap yah, jama’ maghrib isya’ tadi. Naik atas sat, g surau,”

“ Mana?”

“ Atas,”

Busten ini. Lama tak kujejak kaki. Kenangan masa zaman ambil lesen dulu belayar kembali dalam lautan memori. Huh?

“ Laa renovate plak surau ni,” resah. “ Wow, surau sementara.”

Letak 2posen. Amek wudhu’. Allahuakbar..

Ayah kat luar. Tunggu aku. Isk :’)

Sampai rumah. Pelok cium bonda terchentaa! Harhar. Rindu gila. Buka pose dalam bas tadi roti and air kosong je, balik2 rumah siap terhidang ikan talapia masak lomak. Alhamdulillah..

“ Akak Silah ada mesej kat efbi?”




“ Urm, rasa macam tak ada bu, nape?”

“ Cik Yan dah meninggal....darah tinggi..”

Terhenti suapan. “ Inna..innalillah..”

Hampir lari tajwidnya bila Yaasin kubacakan utk arwah, dgn hidung tersumbat dan kaca mata yg mula berkabus.

Reminisced. Kuingat lagi pelukannya, kata2 semangatnya, bangganya dan senyumannya.. baru kusedar tiada kucupan maaf pada Syawal kali ini.

Maafkanku.. aku mahu kau ke syorga.

Al-Fatihah.

Comments

Popular Posts