Hidup ini memberi, cari potensi diri.

bismillah..

salam alaik everyone! dah 28hb ni, 2hb dah nak sekolah balik. rentak agogo lagi ni. mana taknya assignment masih tak siap, main blog bukan kemain rajin. Allahu.. sangat terasa bila baca entri soal keobsesan kt blog senior. apa je usaha kita buat utk naik gerabak ke syorga?! bersorak sorai join usrah, pung pang pung pang kat blog, eheh. tapi kat rumah macam singa laut kekenyangan! erk.

lepas baca entri kat Nasi & Lemak, terus craving nak makan nasi lomak. krik krik.

baiklah, baru2 ni ada baca 6 Harsh Truths That Will Make You a Better Person, terjumpa link ni kat TL seorang sahabat. dia punya bahasa, walaupun agak kasar, tapi penulis berjaya menyampaikan mesej dgn jelas, lengkap dgn contoh2 yg simple.

senang cerita, realitinya; orang dah tak kisah dah apa yg anda ADA, tapi apa yg anda boleh BERI. rasanya fenomena ni dah lama berlaku bila kita lihat kebanjiran penganggur sepenuh masa dalam kalangan siswazah yg berkalung diploma dan ijazah. ye, anda power dah ada kelulusan universiti. lebih baik (kononnya) drpd mereka yg hanya berkelulusan SPM, kolej kemahiran mahupun mana2 institusi yg tidak ternama. tapi di mana anda skg? mesti terfikir 'apa kurangnya aku ni' dan tak pernah terfikir apa sebenarnya yg majikan mahukan. hahai.




siswazah di Kelantan rata-ratanya masih tak dapat kerja kerana masih terikat dgn syarat2 (atau alasan) yg menyebabkan mereka tidak mahu bekerja di luar Kelantan. antaranya ialah kekangan dari ibu bapa dan jarak jauh utk bekerja di KL. hurmm camtu pula gayanya.



People quit because it takes too long to see results, because they can't figure out that the process is the result.


*sekarang ni dah ramai buat master. lepasan ijazah org pandang sebelah mata alahaii.. hantaran pun ikut sijil pfttt.. apa sebenarnya yg kita cari ni?*


ada satu masa tu, nak balik kolej. lepak TBS dulu, makan2. sebab tunggu senior sampai dari Pontian. adalah sorang akak ni join sekaki. dia kakitangan bank dan bekerja di bahagian duit kertas. cerita la pasal conversion jongkong emas dgn Britain, duit kertas baru yg melekat-lekat dan mengelirukan, cetakan wang haram bagai. beralih pula cerita pasal kehidupan di KL, pasal kawan2 kat U dulu, macam2. yg paling best ialah dia menguasai 4 bahasa! wohaa. sangat membantu dlm kerjaya dia dan menjadi kesayangan boss. tabik springgg!




" ye, sy sgt jujur, berkarisme, amanah, berdedikasi, ye apa lagi yg anda mahu tahu. sy juga boleh menjadi pendengar yg baik."

" err, anda tahu buat durian crepe?"

" huh?! perlukah!"

trolololol!




yup, kemahiran.

orang dah tak nak tengok senarai panjang nilai murni dan pengajaran dlm diri anda, lagi2 kelulusan berjela-jela dan ilmu yg berkepuk-kepuk, tapi tak disebar dan diaplikasikan. apa yg didambakan ialah apa yg boleh anda sumbangkan. sumbangan yg memberi kemaslahatan kpd manusia sejagat. ahah!

jika anda;

pandai masak - menjadi rebutan dlm setiap konferens riang/daurah utk menjadi chef selebriti, mempromosi menu sihat Rasulullah.

kreatif bersastera - menjadi pujaan penghuni maya yg menggila-gilakan entri2 tarbawiy anda, menyampaikan dakwah melalui ciptaan puisi mahupun skrip drama.

berjiwa akustik - mencipta lagu dakwah dgn cetusan POP, gubah lirik - macam Raef.

mahir dlm rawatan kecemasan/CPR - menyelamatkan mangsa2 yg berada di ambang maut, membantu mangsa banjir di pantai timur.

stylo melukis anime dan kartun - menerbitkan komik remaja Muslim, menjadi kartunis rancangan animasi - Boboiboy/Upin Ipin - guna medium didik kanak2 dgn akhlak Rasulullah.

bercakap gaya pendebat hebat - join program pencarian DAIE anjuran TV3, aktif kat speaker corner di kolej/u.



dan banyak lagi potensi diri yg boleh dikembangbiakkan dan bukan hanya menjadi pekasam semata. eheh.


Newton's 3rd Law; For every action, there is an equal and opposite reaction.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.” (HR Bukhari-Kitabul Anbiya’).



Comments

Popular Posts