ohoiii pasca-PMR!


Salam Alaik! ;) Alhamdulillah..

bertrillion nikmat ALLAH bagi hari ni. x kira lagi hari2, bulan2 dan tahun2 sebelumnya. bercakap mengenai nikmat, hari ni genap 21 tahun umur brader aku. syukur bang. aku ni tak pasti lagi akan mengecap umur 19. hadiah? layangan doa utkmu, agar kau tak hempas kuat pintu hatimu depan puan hidayah lagi. cuma itu aku mampu.

hari ni plak Anas amek keputusan PMR. tahniah dik, aku tahu kau dah usaha. sungguh ini ujian dari ALLAH. kau terima, jalan terus.

hari ni gak, aku berjaya submit video utk PVOAPG'12. syukur. kalut gak venture benda baru - upload video ke youtube. menangis aku bila dia cakap 6 jam nak siap. apa lagi tidur dulu la. bangun subuh ingat nak lekat kat lappy "JANGAN KACAU", tapi tertidur dgn berkafan (pakai telekung tangan qiam). bangun2 tengok lappy dah tertutup. alamakk dah habis upload belum?! check2, dah. syukur. lepas tu dia ckp processing. brapa lama ni?! tanya member, 3 jam KOT. tapi masa tu dah lepas zohor dah, terlebih jam dah tu. masa hujan2 tu aku try lagi upload balik, rupanya ada baki dlm 20% camtu. entahlah. pastu tertidur sebab tunggu buffer lambat sangat. bangun tidur dah siap. haha. Alhamdulillah. 

esok, in shaa ALLAH, kampung halaman nenda dan atuknda. ada majlis khatan hari ahad ni, so cam biasalah ibu - chef de mission. best gak, cuti ni tak keluar g mana. brrr. at least banyak aku bole tolong masa kenduri *cehh macam kat rumah sendiri dah tak ada kerja*

bercakap mengenai PMR, hari tu meronggeng kat KM after usroh kat tasek ngn junior. then ada junior tegur - form 4. tanya kat mana, kat SAMURA. ohh.. sama je aku tengok kau (bisik dlm hati). ingat masuk sbp boleh berubah sikit haha. tapi tu bukan point-nya.

pasca-PMR ni mesti target sekolah power2 kan lepas ni? masuk sekolah power sebab nak dapat education dan biah kondusif (style stok2 budak-pandai-sbp/mrsm). eh aku pun ada mentaliti ni ke? haha.

sebab aku tengok geng aku kat kolej, stok2 sbp/mrsm memang power2. so diorang memang membawa imej baik dan tak melapukkan mentaliti aku terhadap golongan ini. itu pendapat akulah. diorang memang ada style yg sangat matang tapi agak senget sikit haha. tapi aku tak cakap pun, nak cemerlang espiem kena masuk sbp/mrsm. haa jgn putar belit kenyataan ye.

bestnya aku kat member2 high school yg fly; diorang ramai g obersi - student exchange program. tapi support sendiri la haha.

utk upper secondary, kira alam2 senior bermaharajela. eh bukan nak cakap tu. pilih pakej yg terbaik. macam kat high school ada 2 kan. utk science stream ada art, account, LIE (zaman aku, rasa dah mansuh). pilih pakej yg terbaik. jangan buat silap, sebab merana 1 1/2 tahun lepas tu ngengada nak drop alahaiiii.. sekarang ni dah berlambak doktor, tak nak amek biology pun tak apa (haha!) banyak lagi bidang yg kritikal sekarang ni.

yg penting, doa biar banyak agar dipermudah.






Teacher : Flowers are red, green leaves are green. There's no need to see flowers any other way than the way they always have been seen.

Student : There are so many colors in the rainbow. So many colors in the morning sun. So many colors in the flower and I see every one!

[Adapted from Flower is Red - Zain Bhikha]
 


 jika ini yg berlaku
sijil PMR anda sgt laku
bukan sebab anda kaki buku
cuma kerana otak anda tak beku.

Tahniahku bukan kpd
pengemis pujian mahupun gajet,
melobi surat dari sekolah terkenal
seantero dunia,
melaung hebatnya diri
sampai kelam jalan yg masih panjang.

sanjunganku kpd mereka
yg telah berjuang
dan tak akan pernah buang
apa yg dikatakan usaha sampai mati.

mencari redha ALLAH
itu tak mudah
tapi tak pernah menyukarkan.

"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku." sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." [39:49]



 

Comments

Post a Comment

Popular Posts