Salji

hati ini rapuh
mudah mengalah
tak ampuh dek lelah
kecundang dihambat mehnah.

malam siang berganti.
aku mula lari dari kebiasaan.
tali yg kupegang mula longgar genggamannya.

rasa mahu dihenyak diri
ditimbus timbunan salji
biar dikambus hidup2
terawet di telan masa.

aku mahu lari
bawa diri
biar sendiri
dalam mimpi.

terdiam,

Ya Latiffu Ya Kahfi
Ya hafizu Ya Syafi...

suara itu.

Maujud Lailahaillallah Lailahaillallah  
Maqsud Lailahaillallah Lailahaillallah
Ma'bud Lailahaillallah Lailahaillallah 
A'zim Lailahaillallah Lailahaillallah....

suara yg kudengar
pada waktu aku terduduk
dan aku mahu bangun semula.

dan dirinya,
yg selalu Engkau kirimkan
utk ingatkan aku kembali
kepada janji-janjiMu..

cintaku pada hambaMu
yg mencintaMu sepenuh hatinya
bawa aku yg hina ke lembah pengampunanMu
bawa aku yg lemah berlari di jalan jihad.

kala itu aku khilaf.
kerana hati ini berongga satu
dan hanya ada ruang untukMu....

jika sampai waktu
cinta kepadaMu itu semaksima
tingginya langit dalamnya lautan
mohon kau kirimkan dia kembali.

kau kirimkan dia kembali
jika itu suratan azali.










Comments

Popular Posts