Daurah Jannah

bismillah.. salam alaik~

Alhamdulillah.. *hela nafas panjang*

permulaan Januari, beribu peristiwa mendaftar masuk dalam buku log memori. ada yg manis2, ada juga yg meruntun kalbu. hahai.

awal bulan, exam review. result sem 1? yg penting bonda tak perlu datang jumpa cikgu. syukur. aku tahu usaha aku tak deras. siapa lagi yg nak dipersalah kalau bukan diri sendiri.

" kalau awak puji2 orang lain dapat honor roll bagai, awak sedar tak awak sedang merendah-rendahkan diri awak sendiri?"

" huh, really kak?"

"  setiap orang ada kelebihan masing2. result dia bagus, tapi mungkin dia tak ada....apa yg awak ada."

tenang.   


(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). [94:6-7]                                                                                                                                                    

Mega Fair hari Jumaat ni kot. Allahu.. banyak benda nak urus dalam masa 2 minggu. yah, aku tahu bukan aku sorang penat. sama2 penat sebab nak masuk syorga ALLAH. pengorbanan itu kadang kala tak perlu mengorbankan diri sendiri. banyak belajar, ambil ibrah dan ubah. hah, kpd encik cik yg sedang membaca jemput hadir ke KMB, Bt Changgang, S'gor 18-20hb ni ;) ada Hafiz Hamidun. ehem.

Start hari Jumaat sampai hari ni ada daurah kat rumah sorang akk ni. banglo kot. tapi kitorang terpaksa pindah ke 'Jannah' pada hari berikutnya sbb 1 Putrajaya tade air -.-''

'Jannah' tu rumah akhwat yg beradikkan students kmb. entahlah, daurah kali ni banyak banyak banjir plak haha. mungkin entri pasal daurah kali ni akan di update kemudian. cuma utk daurah sem 2 ni, aku mula sedar sesuatu. yg dulunya (awal D&T) aku kerap membayang pengakhiran perjuangan ini, di mana semuaorang akan bahagia dan menjadikan addeen as the way of life. aku bayangkan diri ini dalam figur yg seperti itu ini. im too worry about the future. adakah misi ini akan berjaya, di mana kami akan berada nanti, yada yada. lama kemudian, aku sedar yg chain of reaction inilah indikasinya.

12 Januari datang lagi membawa sebaris pelangi. Ahai.. dah 19 tahun ni. dan kukenang 18 tahun yg lalu tanpa biasan pelangi.

syukur.




Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). [39:42]








*1st time ada birthday party, masa daurah plak tu haha. celebrate dgn akhwat semua. Allahu.. ukhwah fillah abadan abada..! syukran Kak Farah for d scrumptious chocs cake. berderet birthday dgn usrahmates  - Ilya and Zati*


Comments

Popular Posts