Kejar pelangi lagi.

Bismillah.

salam alaik.

mata, berat. hati, kuat.

alhamdulillah. selamat mendarat di 'medan' perang, mencari kemenangan dan kekayaan. permulaan yg hebat walaupun pelbagai cabaran menghiasi perjalanan balik ke kolej. maaf kpd penumpang bas S&S yg terbau harum cempedak goreng tapi tak dijemput makan sekali haha.

ayah, terima kasih kerna sabar dan steady dgn anakmu ini. maaf tak membantu sangat. bus lag.

Acik Azman, terima kasih juga atas perkongsian dan tazkir. andai benar apa yg dikhabar, mohon dijauh dari gelombang Syiah yg semakin mengganas dlm kalangan pelajar. aku terbayang rancak perbualan intelek antara akhi2 dan acik Azman.

wahai roommate baru, ehemm. kita kena saling bercinta, bersama-sama sehati sejiwa utk setahun setengah ni. amacam tart beribiru? haha. kuih tahun baru tu. home made yuuuu. jom sama2 pegang tangan, kita berlari mencari pelangi yok.

bisu itu kadang2 indah. kerna tak semua perlu dilisankan. hanya bahasa mata yg main peranan. dan 5% bahasa jiwa yg meresap masuk.

tahun baru, bukanlah alasan utk tidak berubah kerna yg lepas2 tidak seperti apa yg dirancang. better off. geraklah, jalankanlah.

biar ada rekod baru. azam bukan lagi pekasam. tapi, asam boleh juga. silap lama jadi pengajaran.

mari bermonolog dalaman; tanya pada tuan hati, apa yg perlu bukan apa yg dia mahu.
mari bermonolog luaran; tanya pada Tuan badan, apa yg Dia redha, apa yg kita syukuri.

yah, kembara ke syorga tetap jalan. cita2 tetap gerak. tugas wakil rakyat kena amanah. ayahanda bonda kena rindu. seiring sehaluan.

hati kena kuat. biiznillah.





Comments

  1. Semoga selamat dan jayanya di medan perang kamu itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts