Mata Kaca.

ada tompokan minyak. ada juga kesan percikan kuah kari daging yg disaji mak cik DS utk makan tengah hari tadi. kesan cap jari mula dikesan.

tanggal. janggal.
teraba-raba dlm kabus yg kabur.

berdebu. calar-balar. kaca mata yg sepatutnya menjadi alat bantuan penglihatan, kini disalah erti. alat penapis kekotoran, mungkin? hidung yg menjadi pemangkin mula rasa bersalah. malu dia dikata bersubahat dgn kaca mata yg mula goyah pendiriannya.



pandangan mula kabur dek kekotoran yg bersarang di cermin yg dah tak selutsinar mana. ambil kain utk kesat, bagi bersih. 

jelas. beribu gambar dan adegan telah dirakam. cermin mata ini menjadi saksi setiap langkauan kaki, setiap huluran tangan, setiap jelingan sembunyi. dia juga sudah lali dgn semburan kata2 dari mulut dibawahnya.

masa berlalu, dan dia tetap kaca mata. fokus jalan di hadapan. dialah pelindung anak mata dari hirisan tajam zarah yg menerjah. dialah penimbang tara mana jalan yg perlu dijelajah. dia laksana askar di sempadan.

biar ada perang, jangan sampai musuh menang.

......................................


kaca mata hati. biar selalu dibersihkan tompokan2 asing.
refleksi. agar senang nur Islam menyinar di permukaannya. biar jelas jalan di hadapan.




Comments

Post a Comment

Popular Posts