Mortabak daging brader Halim.

" Huh..." adrenalin masih bersisa. peluh merenik membasah belakang jubah. aku lihat buku-buku bersepah kaku di atas katil. keluh-kesah lagi.

" Meeting habis pukul berapa tadi?" Nab menyoal pendek. " Sepuluh. lepas tu lepak LRC jap. on the way balik, aku beli ni," sambil menjijit tinggi plastik merah yg kelihatan bersinar dgn kesan minyak kelapa sawit. masih panas lagi. sepanas helaan nafas selaju 90 degup seminit. Tudung kusangkut kemas.

sinsing lengan, bersila. 

" Nab, makan jom," aku pelawa Nab yg sedang khusyuk di depan Toshiba hitamnya. " Yok...." bersila depan2. 

sekeping mortabak daging bersaiz sederhana terhidang cantik di atas kertas minyak kumal. harum bawang dan pedas kari mula menusuk ke rongga. aku lerai ikatan plastik yg berisi kuah kari pekat.  ada cebisan lobak yg berenang-renang.

" Bismillah...." angkat tangan paras dada dan pohon berkat atas rezki kurniaanNya. " Makan..." Nab mula menguis sedikit mortabak. terserlah isi daging yg berbalut bancuhan telur. lembut roti canai yg membalut kemas isinya yg meriah terasa seperti kapas. ada sedikit garing di permukaannya.

sedikit demi sedikit, cuit. suapan demi suapan sambil berdialog mengenai dunia IB dan peribadi. tidak lupa juga terjahan propaganda politikus dan ekonomi. ada juga diskusi tentang maulidurrasul akan datang.

segi empat mula hilang bentuk. hanya tinggal serpihan bawang dan sejemput lagi mortabak yg belum dihabiskan.

" Habiskan Nab," aku pelawa sambil tersenyum pisang. tanganku masih menguis-nguis tumpahan kari di atas kertas minyak. " Eh, kaulah makan. apa pulak aku. kau kan yg beli," tangannya diangkat tinggi. tanda menyerah diri.

 " Laa, kita kan makan sama2 tadi," aku mula pandang mukanya. tepat di mata.  " Tak apalah.. kau habiskan je.." Nab mula mengemas bekas kari.

Aish. haaa ngap! jemariku laju menyuap lebihan mortabak ke dalam mulut Nab. terbelalak matanya melihat pantas jemariku menerjah mukanya. senyap. masing2 pandang mata.

ketawa pecah.

" Tulah.. aku kata suruh habiskan kau tak nak.. kan da kena 'suapan keibuan' tu.." tersengih aku keluar dari bilik. Nab menjeling manja. " Lain kali aku belanja roti 'I love you' oke?"

langkahku terhenti. ada cecair panas yg tumpah.

Monolog. uhibbuki fillah.





Comments

Post a Comment

Popular Posts