Hidup Ni Kena Lepak

Bismillah..

Salam alaik :) Alhamdulillah.. tadi baru retrieve baucar buku RM250. Syukur. Memandangkan hujung minggu ni ada serigala-besar-jahat dan TAK dapat pergi, kirim je la gamaknya. Teringin sangat nak beli buku Yasmin Mogahed ngn Hilal Asyraf! urmm. In shaa ALLAH ada je rezeki nak pergi cari nanti. Februari mencatatkan rekod lepak-pada-hujung-minggu paling sikit. Tapi tak jugalah. Dah cuti raya cina hari tu kan. Aish nampak tak ketidaksyukuran kat situ.


15, 16, 17 Februari

Amal Islami kat Kem Nur Bt Unggul. Serious best gila regardless a few things yang tak sepatutnya berlaku. *sigh*



Tapi, yg penting kita amek ibrah la kan. Janganlah dok nak menghentam je tapi tak ada usaha pun nak ubah. Tiada kebetulan dalam aturanNya. Tarbiyah ALLAH tu anywhere, anytime. Silap orang tu, ujian hati utk kita. Apa nak biar hati mencerca diri pesalah? Atau biar hati bertasbih memohon perlindungan utk kita dan dirinya.

Lepas exam, ada review an. Samalah dgn ujian ALLAH. Macam mana nak nampak? Dah betulkan kaca mata atau contact lens kita? Lihatlah dari kaca mata seorang Islam. Aku juga berperang dgn diri sendiri. Kadang tersenget juga kaca mata yg disangkut goyah. Lap bagi bersih, letak atur bagi kukuh.




Benda paling best; praktikal pengurusan jenazah, sembelihan dan jungle trekking! Wow. Dah lama tak naik gunung, semput gak. Allahu.. paling syahdu waktu ambil wudu’ guna air paling minima dan solat sunat dhuha kt atas bukit tu :’) tadabbur alam yg paling masyuk. Sedihnya lagi 5 tahun diorang kata hutan kat situ akan terkubur tanpa tanda. Huhu. Hah, bukan setakat dlm hutan je nak jimat air, kat rumah/surau pun sama. Kecilkan air tu. Rasulullah tak ajar pun amek wudu’ air melimpah-limpah. *kenyit mata*




Bila renung2kan balik, siapa yg bakal mandikan jenazah ibu, ayah.. kalau aku tak ada ilmu nak uruskan jenazah ni, tak kan nak suruh orang kampung? Entah kasar sentalannya, entah terbuka aibnya. Bukan aku ke yg perlu menjaga mereka? *banjir*

Aku hanya tersenyum bila ibu cerita dia sudah ada sijil pengurusan jenazah. Gembira utknya. Tak tergerak pula nak belek2 buku yg dia bawa pulang. Entah bila.



21-24 Februari

3 hari selepas amal Islami, teater MARA pula. Berkampung kat hotel quality since hari khamis. Masyuk. Tapi kena ‘bayar’ dgn kerja la. Heh. Bukanlah konsepnya kita dibayar, ada amanah yg perlu ditunaikan di sana.

Kadang ada yg berbisik,

“ Teater ni, aurat terjaga ke? Menari sana sini. Gloria gloria semua. Tak tengok lagi pergaulan lelaki perempuan..”

Gulp.



Aku tahu ada budak usroh yg join teater tu. takkan diorang tak faham hukum kan. Aku tahu, ada yg hadir bukan atas kerelaan.

Dari dok menghukum orang, mencari salah itu ini, mari kita refleksi diri. Ada yg dapat pengajaran dari kesibukannya mengurus teater. Dia belajar utk bersabar, dia belajar utk percaya janji-Nya yg dlm setiap kesusahan ada bantuan kecemasan dari-Nya. Ada yg belajar utk menjaga masa, menghormati keputusan orang lain. Dan ada juga yg melatih diri menjadi ikhlas sepenuh hati dlm menghulur bantuan.

Ujian ALLAH itu ada bentuk2nya. Mungkin ini proses tarbiyah utk dia lebih dekat kepadanya. Siapa kita utk mempersoal?

Kita buat kerja kita; ingatkan. yg mungkar itu jauhkan, yg makruf itu amalkan.

In shaa ALLAH, hujung minggu ni camp PB kat Pahang :) *belum call ibu sebenarnya err*

despite life yg makin hectic, rasa macam... errrrr... mohon KUAT! aja2 fighting! orang lain dapat go through, kita baru sem 2 kot. Allahu..

aku minta maaf gak kalau sikap aku banyak menyusahkan orang lain. aku cuba utk ubah. aku minta satu je, tolong percaya.





 * tahniah kpd mummy baru, pn Fazilah. star ni utk baby cikgu! even tak beli lagi -.-''*

Comments

Popular Posts