Pertolongan cemas untuk HATI

Bismillah..

Salam alaik! Alhamdulillah.. all praises to ALLAH. JPAM dah, academic day dah. Fuhh prolog Februari berlalu dgn indah. Senyum. Kisahnya tak panjang, cuma kesannya yg berbekas. Bak kata seorang senior,

“ Hang buat kerja baik memang letih. Tapi letih tu boleh hilang dgn rehat. Yang kerja baik tu plak kekal selamanya. Worth it.”

Kali ni, ada rezeki balik kampung. Seminggu sebelum cuti baru terdetik nak beli tiket! Memanglah ‘banyak’ tiket tu. so, suruhlah classmate belikan tiket online. Ada masalah, tak boleh nak beli. Lepas tu suruh naqibah belikan. Mula2 check ada la tiket pukul 11, 2.30. sekali akak mesej dah habis, tinggal tiket pukul 6! Mak aiah.. da la balik hari sabtu, sampai rumah dah hari ahad. Train plak RM52, nak kena venture sendiri plak tu. Err, fikir kalau tak dapat juga, memang stay kolej la. Dah la dekat sebulan tak balik. Alhamdulillah, ditakdirkan ALLAH dapat tiket 2.30. weee!

Bertolak ke TBS dalam pukul 11.30 pagi. sempat juga dengar tazkirah dari acik teksi. CAB DAWAH. Pengisian kali ni agak HL. Perjalanan 1 jam dari KMB ke KL memang tak terasalah bila minda laju mencerna apa yg cuba disampaikan. Natijahnya, dunia dah tua. Kiamat dah hampir. Adakah ‘kerja’ kita sudah memenuhi kriteria yg dikehendaki Sifu dan Tuan kita? gulp.

Dalam bas, dapat seat 01 -.-‘’ belakang acik driver kot. Selesa tu memang selesa. Tak ada masalah pun. Tapi first time jelah duduk seat depan ya amat ni. Macam biasalah, adrenalin tu akan tiba2 dihasilkan secara berlebihan. Erk. Misteri betul siapa yg bakal duduk sebelah ni.. duh! Brader plak! Masalah2. Hah! Ada akak sebelah ni sebelah dia brader gak. Tapi brader kecik la, brader yg duduk sebelah aku ni main rugbi kot haha. Alhamdulillah, dia faham. Senang je nak swipe ngn akak sebelah. Thank you ALLAH! Ihfazillah, yahfazka :)

Menyelak tawarikh awal Februari, kem JPAM antara aktiviti yg ditunggu-tunggu. Err. Yelah masing2 tak sabar nak ditauliah menjadi kadet JPAM. Eheh. Macam2 skill kitorang belajar, paling best masa simulasi pertolongan cemas la. Memang dramatik dengan uniformnya, propnya. Bila berhadapan dgn bahaya ni, benda paling penting ialah DRABC. make sure keadaan selamat, kita pun selamat nak bagi bantuan. detect orang tu sedar tak. check kerongkong atau hidung dia ada benda halang tak. lepas tu check nadi/heartbeat. kalau jantung terhenti, buat CPR dan mouth-to-mouth. simple dak? nilah kemahiran yg dicari. ceh.





Time nilah kita diuji dgn prinsip kita. Camna nak keep distance antara kita ngn muslimin, nak jaga mutabaah amal lagi. Fuhh, kadang2 terfutur juga bila dah dissolved dlm kesibukan aktiviti waktu dlm kem ni. Alhamdulillah, ramai sahabat yg saling mengingatkan. Ada je teguran ALLAH dlm bentuk ujian dan nikmat. Persis mutiara kata seorang senior,

“ Iman umpama trade cycle. Kejap di atas kejap di bawah. Kejap recovery, kejap recession. Yg paling dibimbangi, trough. Yg paling utama, boom.” – Inche N

 Academic day, ni kali kedua bagi aku. First, masa sem 1. Tolong cikgu jadi AJK pendaftaran. Hey that was my 1st personal CAS! Haha. Kali ni, duty jadi usher plak. Tadelah usher sangat -.-‘’ ada juga consult cikgu. Tak dapat bayangkan kalau bonda dan ayahanda ada sekali. Nak banjir juga kot depan cikgu T.T jumpa cikgu Mimi, discussed pasal ey-ey. Alhamdulillah, dipermudahkan utk buat business. Next week consult lagi. Betulkan niat, buat ey-ey ni utk apa. In shaa ALLAH, kajian ni akan dipatenkan. Cewahhh.. tadelah. At least, dapat menambah sumber rujukan bagi mereka yg ingin berjinak-jinak dlm dunia perniagaan ni. Ewah.

Honor roll, tahniah kpd rakan seperjuangan M12L. Cayalahh korang! :’) rasa bangges sebab ramai akhwat yg join usroh tersenarai di antara mereka yg outstanding. Tahniah juga kpd 50/+- rakan2 sebatch! *nama batch bila nak decide ni -.-‘’*

Honor roll ke, academic day ke, ingatlah..






Sepanjang kita usaha nak excel dlm sem exam ni, sometimes kita terlupa yg ni hanyalah ‘vehicle’ kita. Orientasi hati mula terpesong arahnya. Mulalah kita lebihkan2 study kita dari deen kita. Kita nak redha ALLAH kan? Jom semak balik priority list kita ;)

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya. [2:207]

Kita rasa dah banyak kita usaha! Allahu.. mutabaah amal pun tak pernah nak jadi macam biskut chipsmore. Tapi.. cikgu asyik2 nak reject RQ kita je. Sampai skg advisor pun tak dapat! Nayyy, tak kan nak muncung mulut tu je..

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. [3:160]

Ujian tu tarbiyah ALLAH.. setiap perkara yg berlaku mesti ada hikmahnya. ALLAH nak kita tunjuk effort kita utk berhadapan dgn segala ujianNya. Mesti ada jalan. Serumit-rumit maze, puzzle, mahupun rubic cube, penyelesaiannya akan tiba di penghujung permainan. Cewah.

"Jika mahu meminta, pintalah kepada yang memiliki" - Mutiara kata Pak Arab

Comments

Popular Posts