Tasbih Sang Perindu

Bismillah.. Salam alaik! Alhamdulillah.. masih bernafas utk menikmati cuti mid sem kali ni. Syukur. Tak complete cuti tanpa assignments. Well, banyak juga nak kena cover cuti ni. ‘bercuti’ dalam erti kata lain bebas meeting dan tugas! Heyah! Boleh fokus lebih utk study dan diri sendiri juga. Ye betul, tak pernah berhenti utk menjadi seorang Muslim, seorang da’ie dan seerti dengannya. anda bagaimana? :) jangan pernah terlintas utk berehat kerna rehat itu hanya di dipan2 syorga. Ahai.

Prolog cuti kali ni, aku menempuh pengalaman yg paling berharga.



Tadaa!

First time you. Sebelum2 ni ada je halangan utk menghadiri talk2 agama sebegini rupa. Dah banyak kali INTEC jemput hadir program interfaith dan sebagainya. Dah ditakdirkan ALLAH, rezekinya hadir bila kak Abin secara tidak sengaja mengajak aku join sekali! Dia saja je tanya, lepas tu ada 1 tempat kosong plak tu. memang ngam2 la. Aku memang tak nak lepaskan peluang perak emas berlian ni. Free pulak tu. kena cover duit transport ngan makan je. Apa lagi on la! Padahal esoknya dah kena balik Johor. Tapi kena bebel dgn ibu sikit la sebab tukar plan last minute. Toipuchee :(

Kembara menuntut ilmu bermula dgn perjalanan ke PJ sentral – Keyel sentral – Shah Alam bersama kak Abin dan Kak Intan. Alhamdulillah selamat tiba di Shah Alam Convention Centre pada pukul 12 lebih. Utk ‘membunuh’ masa tibanya Zohor, kami bertiga berjimba kejap di PKNS dan mall yg berdekatan. Cuci mata tengok jubah! Ahai. Kalau ayah ada, mesti dia dah rembat 2 3 jubah sembahyang. Kak Abin sempat beli buku dekat Saba Islamic Media. Sekarang ni, buku2 yg aku target tak dapat lagi, jadi macam tak best je kalau nak beli buku lain huhu. Baucer tinggal 200 ratus je. Eheh.

Kami kembali ke SACC utk tunaikan solat. Makaiahh ramai kat surau! Dah la semua hakak2 dan makcik2 pakai jubah glemer, speaking plak tu! Allahu.. kitorang ni dengan backpacknya, blouse berseluar semua. Krik krik. Tapi yg bestnya terasalah sisterhood tu! ada akak Arab ni jadi imam solat kitorang. Peh.. comel je haha. Lepas tu terserempak dgn kak Wardina Safiyah dan kak Sasha Saidin! Allahu.. comel2..

..........

What have you achieved in your life: your LINK with the Messenger PBUH.

Basah. Serious.

1 jam yg sangat meruntun atma. Hampir saja ingin memeluk seseorang dan menumpahkan bergelen-gelen air mata. Tapi seganlah pula tengah2 public nak melalak. Huhu. Secara keseluruhannya, apa sebenarnya yg ingin disampaikan ialah erti seorang Muslim dan betapa beruntungnya kita dikurniakan nikmat iman dan Islam itu sendiri.

Intro dimulakan dgn sirah Nabi dimana diceritakan dakwah Rasulullah tak mengenal kawan atau lawan. Rasullullah did preach to his enemies. Tapi kita sekarang ni mencipta jurang pula antara not-yet-Muslim, melayu bukan melayu, antara Mesir dan Amerika Syarikat. Kita bersikap prejudis dan melabel antara satu sama lain padahal kita semua umat Rasulullah! Pehh. First2 dah intro Syahadatul Haq. Kita even tak concern pun nak cakap tentang kebenaran tu. di mana kita bila mereka memerlukan bimbingan kita, teguran kita? Do we even care to help? We’re all emasculated, castrated! (qouted from video Ahmed Deedat) *kena lempang sedas*

Cuba kita semak kembali tawarikh Nabi2 kita. Kepercayaan kita satu; ALLAH itu satu, ada pahala dosa, syorga neraka. Yg membezakan kita cuma syariah, the dos and donts. Ye, kita mengaku kebenaran yg sama. Cuma, ada antara kita yg diverged, go astrayed. Ada yg tak tercakna apa makna sebenar menjadi seorang Muslim.

So, dah nak give up ke?

“ Tuhan nak terima ke orang yg kotor macam aku ni?”

“ Aku sembahyang pun rongak2. Hari jumaat je la rajin p masjid. Itupun sebab segan dengan orang sekeliling. al-Quran? Lagilah. Baca pun tak lancar,”

“ Saya nak berubah. Tapi tak tahu nak mula kat mana. Banyak sangat benda yg saya tak tahu!”

Secara cliche-nya, kita akan kata bertaubatlah, ALLAH Maha Pengampun. Never too late. Tambah lagi;

“ Dont give up your faith because THEY died for you! THEY died for the Deen.”

Gulp.

Lupakah kita kepada perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat yg berkorban harta dan nyawa demi KITA! Demi Islam dalam diri kita sekarang ni! Allahu.. kita secara lahiriahnya sudah Islam, spiritual saja yg kosong. Mana mungkin bisa dibandingkan dengan mereka yg lahir2 sudah dihadapkan dgn christianism, buddhism, atheism dan segala –ism.

Bersyukur. Untung kita tahu solat itu 5 waktu, puasa sebulan raya sebulan, kena khatam al-Quran, kena belajar kat sekolah agama. Untung kita tahu kita berTuhan!

ada insan lain yg sedang mencari kebenaran. Kita yg telah lama disogokkan dgn kebenaran, adakah ingin lagi menutup mata?

Parah.

Kita nak ALLAH ampunkan segala dosa2 kita. Ye. Have we ask for it?

..........

Tu satu. Sekarang ni, dah ready utk ‘’the Meeting’’?

Allahu..

Cukup dah ke amal kita, macam mana dgn dosa yg bertimbun..

Istighfar. Nabi yg maksum, istighfarnya seratus kali. Anda, saya?

“ O ALLAH, i seek your forgiveness!”

Ayat yg paling best, paling menangkaplah.

“ fulfill His demand by your capability and ability as best as you can.”

Kita hidup ni, apa purpose of life kita.

Nak masuk syorga pun, tiketnya rahmat ALLAH dan dibantu oleh syafaat Rasulullah SAW. Nak Rasulullah tolong kita, mestilah kena kamcing awal2.

Macam mana nak ada link dengan Rasulullah?

1. life + instruction + prohibition } follow Rasulullah’s guidance.

2. Improvement 


* ayat yg paling basah; if you die without even finish to khatam the whole Quran, ALLAH will reward you as you had finish the whole Quran. 

Its all about the process neither the result nor the victory.

Anda, jangan tinggal solat. Kerna solat itu ibu kepada jauhnya kita dari kejahatan dan kemungkaran.

“ jap la, nak tengok movie korea. Oh no zohor is coming!”

“ urm, pergi lepak kt mall la. Err, asar is coming!”

........

“Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas petunjuk daripada kesesatan….” Al-Baqarah:256

Freedom. Everyone fights for freedom, human rights. But the real freedom is the power to choose whether to become a Muslim or not.

Not the freedom to change the sex. freedom to practice the nudity. Itukah kepuasan maksima?

Ponder.

.........

Alhamdulillah.. semua dari ALLAH.. mungkin apa yg aku sampaikan tak seindah Mufti Menk atau Abe Qayyum sampaikan, tp in shaa ALLAH as we beseech for His guidence, ALLAH knows better. He verily will guide us ;)


* Kak Abin, Kak Intan dua2 beli buku ni juga. anda tahu tak, saya sayang anda sampai ke syorga?*



Comments

Popular Posts