Virtual Da'ie

new tab. initial F.

sederet dengan eHow - iodination of propanone dan Shell Malaysia - Articles and Speeches, terpampang dua logo biru yang menarik-narik untuk dipaparkan di skrin utama.

yang burung biru laju bertambah nombor ditepinya, yang Mark Zuckerberg pula berkelip-kelip tanda ada yang menghantar pop-up message. data untuk folio matematik pula terbengkalai lesu di bawah timbunan sharpie yang berwarna-warni.

" Menyambil...." laju cursor mencapai notification. senyum.
" Eh, dia pun like la.. Alhamdulillah.." Haiqal hembus nafas puas bila dapat mengemaskini status, menceritakan tentang input ceramah Maulidurrasul Kampung Parit Tengah yang dihadirinya tadi. tak sangka rakan sekelasnya, Hani memberi respon positif.

" Wow! sentap gila ayat dia. ni boleh share ni," laju dia berkongsi status terkini Encik Musang yang terkenal dengan satiranya. blogger kegemarannya tu tak sah kalau tidak membanjirkan newsfeed dengan status-status tarbawiy tahap Power Ranger Kuning.

beralih ke tab satu lagi.

" Ja.. ngan... lupa.. baca.. al-Mulk.. se..be..lum.. tidur.. oke smiley sikit," laju jarinya menaip tweet terbaru.
" Siapa eh yang retweet," pantas digerakkan tetikus ke arah ikon ''Connect".
" Haha.. naqib aku retweet kot.. Allahu... mesti dia teringat aku share masa usrah semalam," melebar senyum sampai lenguh.

detik jam mula pantas menyapa angka dua. mata mula berair, kering dek tak berkelip hampir 10 saat lamanya. kilang air mata mula merembes ganas.

" Sambung nantilah.." lantas digugah badan yang longlai utk direhatkan di atas katil yang empuk. nyaman.

Alamak!

" Penatnya nak baca al-Mulk..esooo..laa.." mulutnya menggumam dan akhirnya kata-kata itu ditelan mimpi yang mula tayang.

.....................................

Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu mengerti?
(2:44)

pesan penaja:

buatlah apa pun, janji sebar dakwah merata kebaikan. tetapi ingatlah, syaitan itu pembisik tegar. jangan sampai kita biar inche TUR (takbur, ujub, riak) menguasai diri! ohoi! lebur pahala. mohonlah agar hati itu berpagar. agar kompasnya statik Lillahi. 

kita tweet, kita hupdate, kita buatlah. secaca-marba manapun, kita fighting utk buat sehabis mungkin!

kita kan Power Rangers.




Comments

  1. Encik Musang. Saya cari kat FB tak de pun :O

    ReplyDelete
  2. Encik Musang, wujudnya tidak berjasad.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts