Posts

Showing posts from April, 2013

Air 'Gedegang'

Image
Belakang bajunya lecun. Mukanya yang putih kemerahan-merahan disimbah peluh yang menitik dari pelipis. Dia bercekak malas sambil mundar-mandir menahan tujahan jantung yg mengepam laju darah beroksigen. Aku mengerling sekilas. Pandangan tertancap semula ke lembaran mathurat yg sudah hampir sampai ke doa rabitah. Doa cinta, pengikat hati-hati.

“ Akak nak tanya pendapat awak ni. Tak apa, baca habiskan dulu..”
    Aku menghadirkan sebuah pandangan lembut, tanda menurut. Bibirku segera mengalun doa cinta. Perlahan-lahan, biar ampuh.

“ Ye kak?” kulontarkan kembali soalan sambil meraup mulus mukaku.

“ Akak sebenarnya dah lama teringin nak minum air 100plus tu, tapi awak tahu kan akak kan boikot F&N. Sebab.. kan dulu F&N ada kontrak dengan Coca-cola. Tapi.. kontrak tu patut habis lama dah, 2010.”

“ Urm, betullah. Saya pun ada dengar, dah tak payah boikot F&N sebab diorang dah tak contribute kat Israel,”

“ Tapi tu dari internet. Sumber yg diragui,”
    Dahiku mula berke…

Anas.

Aku...

Aku minta maaf. Sebab.. Aku selalu marah kau. Kalau aku kejut Subuh pun, mesti aku ketuk pintu kuat-kuat, tengking kau dari luar. Lepas tu aku fed up, sebab lepas kau sahut, pintu masih tertutup dan Subuh makin hilang.

Aku minta maaf, sebab.. Aku tak pernah nak ajak kau ngaji sama-sama. Aku cakap sekali je suruh kau buka muqaddam tu. Bila tv yg kau buka, bukannya aku nak tarik kau ngaji dekat meja. Aku membebel kejap lepas tu tinggal kau sorang-sorang tengok tv.

Aku minta maaf, sebab.. Aku tak pernah sungguh-sungguh nak ajar kau maths, sains, bm. Masa kau tanya, aku acuh tak acuh je nak ajar. Aku terus marah kalau kau tak faham-faham apa yg aku ajar, aku terus fed up bila kau main-main. Masa tu aku fikir baik aku fokus buat chemistry dari layan kau.

Aku minta maaf, sebab.. Aku jarang tanya khabar bila aku dah jauh. Aku selalu call ibu, tapi tak pernah pun nak cakap ngan kau even sekejap. Sebab aku rasa kau mesti main-main bila aku nak nasihat suruh jaga ibu, belajar ra…

Thabat sayang.

Bismillah..
salam alaik kengkawan semua.

apa khabar iman? eheh.
urm, teringat satu kisah dengan seorang akhwat. masa tu, bulatan-riang-bertemu-lutut. hampir sesemut juga dibuatnya.

" Entahlah. bagi saya orang trengganu ni tak ada comel-comel. kitorang tak kasar, tapi harsh. bila dapat mesej dari [penulis] rasa macam pelik gila. dia tanya sihat tak ukhti, apa khabar iman.. haha.. tak pernah orang buat macam tu kat saya.."
" Kitorang simple je. mung oke dak? gituje.. ganas. tak ada comel-comel sokmo ni.." 
gelak keji.
maaf usrahmate, anda tetap comel di mata saya. kita makang talam lagi ye nanti.

kadang-kadang, banyak je benda happy yang berlegar dalam kehidupan kita. sahabat-sahabat yang buat kita rasa nak hayun je dgn GDC, gelak-gelak yang terpaksa dicover dengan buku, serta kasih sayang yang melimpah dari mereka.

tak kira lagi banyak nikmat yang ALLAH bagi.. still dapat beli kuih kat koop even dalam purse dah tinggal beberapa duit biru berangka 1 je. dipermudahka…

Hadirkan cinta itu.

biar kurengkuh cinta yang hina
antara aku dan dia.

kujalin semula--
cinta yang hadir sebelum wujudku
cinta yang terhembus dari sisa suaranya
kerana mencintaimu melengkapkan cintaku kepada-Nya.

cinta Baginda cinta tak bersyarat
tapi kenapa aku yang masih ragu.

Ya Wadud
Ya Latiff

kiranya aku telah tersasar
Kau tunjukkan jalan pulang.

entah
hati ini gersang kala menyebut kalam-Mu
kau percikkanlah ruh seorang perindu
biar subur cinta yang kusam.



Awan dan Gula Kapas.

Image
Matanya yang separa terkatup itu melirik ke arah sepasang stokin yang baru sahaja dibelinya di Daiso. Pertama kali menjejakkan kaki ke kedai Jepun itu, hatinya melonjak kegirangan melihat pelbagai produk unik dan comel yang hanya berharga RM5 setiap satu! Cuma baru-baru ini dia tersedar ada juga produk yang baginya tak sepadan dengan harga yang dipamerkan bahkan boleh jadi lebih murah. Dia malas mengeluh lebih. Cukup baiklah dapat barang semurah RM5 di tengah-tengah kepesatan Kota Metropolitan ini.

“ Keluar lagi?” soal Jay.

“ Ahah.. boring la duduk dalam bilik je,” Dee menjawab ringkas.
     Sepasang kasut Nike Dart 9 bertapak kuning pantas dicapai dari rak kasut di tepi biliknya. Dee bongkok 95 darjah untuk mengetatkan tali kasutnya. Simpul reben.

    “ Bismillah..” Dee mula menapak ke arah pintu keluar asramanya. Terkalung headphone putih di leher. Turn to ALLAH – Zain Bhikha.

    Anak matanya pantas merakam adegan burung pipit berkejar-kejaran di ruang angkasa yang dihias …

Kerja apa saja.

Image
pop-up message.

W : akak, betul ke jadi doktor susah, nanti tak ada life dgn family semua?

erkk!

pada saat ini, 12.15 pagi. aku duduk di sebuah bilik sederhana kecil, kipasnya berputar perlahan. secawan minuman bijiran 5 dalam 1 sudah hampir habis diteguk. aku memerhatikan sekeliling yg kelihatan kaku dan beku.

seperti terlupa seketika, aku ni akan memakai lab coat walaupun tiada experiment,
aku akan bertutur jargon seorang doktor
kata-kata aku akan diiyakan dgn anggukan pantas
aku akan berada di OT, seperti mana yg selalu aku tonton di Grey's Anatomy, CSI dan CIA.
membentuk insisi kecil, buang dan ganti apa yg patut. 

aku bingung. kerana aku kini berada di fasa bukan utk menjadi seorang doktor, tapi seorang MANUSIA.

ARS : awak pilih je.. jalan ke arah redha-Nya.







Evolved.

*Sebelum beralih ke meja study; menyelesaikan amanah Ilahi, izinkan hamba singgah di ruangan ini*

salam alaik.
syukur, Alhamdulillah.

hari ni, galau semacam. start dari pagi tadi, hati tak tenang dek fikirkan diri yg 'melarikan' diri dari satu kewajipan.

'' akak, saya minta maaf!"

rupanya, aku kini berada di fasa yg acap kali dimomokkan oleh akak2 senior. battlefield. satu fenomena yg kini menjadi topik hangat di blog Encik Musang. yg menjadi isu pisang goreng panas di blog akhi Gabbana dan 'menu utama' di warung Inspektor Sahab. situasi yg amat fatal bagi mereka yg baru berchenta dgn DnT, inilah fasa recession! erk.

satu keadaan di mana sang penchenta marhaen berhadapan dgn dilema yg sangat kompleks. level beginner sudah pun lepas, kini berhadapan dgn level medium. tak patutlah kalau difficulty level masih di takuk lama. 'musuh' pun dah berevolusi! makaiahh..

inilah saatnya berperang dgn ego, berlawan pedang samurai dengan 4 sekawan; takbur, riak,…

Meow.

Image

Barah

barah kalau makin parah dia kerah seluruh tenaga serang sel tetangga.

















Oblivion

Image
apa kaitannya
orang yang lupa
dengan sebuah peringatan?

the forgetful one
and the reminders?

kita diingatkan dengan sesuatu yg kita lupa
secara logikanya, sesuatu yang pernah kita TAHU.

(ALLAH) Yang Maha Pengasih,
Yang telah mengajarkan al-Quran.
Dia menciptakan manusia,
mengajarnya pandai berbicara.

55:1-4
the correlation.

dia yang lupa perlukan peringatan yang berterusan
dia yang bernama insan, bacalah al-Quran sampai tinggal kesan.