Anas.

Aku...

Aku minta maaf. Sebab.. Aku selalu marah kau. Kalau aku kejut Subuh pun, mesti aku ketuk pintu kuat-kuat, tengking kau dari luar. Lepas tu aku fed up, sebab lepas kau sahut, pintu masih tertutup dan Subuh makin hilang.

Aku minta maaf, sebab.. Aku tak pernah nak ajak kau ngaji sama-sama. Aku cakap sekali je suruh kau buka muqaddam tu. Bila tv yg kau buka, bukannya aku nak tarik kau ngaji dekat meja. Aku membebel kejap lepas tu tinggal kau sorang-sorang tengok tv.

Aku minta maaf, sebab.. Aku tak pernah sungguh-sungguh nak ajar kau maths, sains, bm. Masa kau tanya, aku acuh tak acuh je nak ajar. Aku terus marah kalau kau tak faham-faham apa yg aku ajar, aku terus fed up bila kau main-main. Masa tu aku fikir baik aku fokus buat chemistry dari layan kau.

Aku minta maaf, sebab.. Aku jarang tanya khabar bila aku dah jauh. Aku selalu call ibu, tapi tak pernah pun nak cakap ngan kau even sekejap. Sebab aku rasa kau mesti main-main bila aku nak nasihat suruh jaga ibu, belajar rajin-rajin semua. Sebab aku tahu kau tak nak dengar.

Aku minta maaf, sebab... Time online fesbuk, aku tak pernah nak share benda-benda best kat kau. Aku tak pernah nak IM kau, tanya khabar semua. Sebab aku rasa kau tak akan faham apa yg aku cuba sampaikan.

Aku minta maaf, sebab.. aku tak pernah sabar dengan kau. Aku tak pernah ambil tahu apa masalah kau. Aku tak pernah benarkan kau memahami aku dan aku tak cuba memahami diri kau yg sebenar.

Saat ini.. Mungkin kau sedang mengerang kesakitan, menahan air mata dari tertumpah lagi seperti kelmarin. Aku tahu rasa itu pedih. Jangan sedih. Walau aku jauh, ingatlah aku ada di hati kau.

ALLAH bagi rasa sakit bukan nak seksa kau. Bukan sebab Dia benci kau. Begitu juga aku. Jangan sedih. ALLAH bagi sakit, sebab Dia nak kau minta sembuh tu dari Dia. Bukan dari ubat-ubat yg doktor bagi, bukan dari pantang lauk yg ibu masak.

Maaf, sebab aku tak pernah cuba jadi akak yang baik untuk kau. Maaf, sebab aku tak pernah benarkan hati kita bertaut.

Maafkan akak Anas.

Jangan sedih sayang. Doa untukmu sentiasa dalam rantaian nafasku. Mungkin aku lupa, Dia yg bebas utk mengangkat darjat mana-mana hamba-Nya. Mungkin kau yg terhebat di mata-Nya.

Jangan sedih sayang. Aku ada untukmu. Aku ada utk kongsi rasa cinta ini. Walau aku jauh, kau akan sentiasa rasa ditemani. Ditemani cinta-Nya. Jangan risau, aku akan sentiasa ada utk kau belajar, belajar mencintai-Nya.

Tetap sabar ye sayang? ALLAH suka orang yg kuat ni. Sakit itu.. mungkin akan merenggut............ nyawamu........... tapi ingatlah, sakit itu tak akan pernah berjaya pudarkan secebis rasa percaya kepada Dia. terus solat sayang, terus doa.


Sebab ini ujian utk kita sekeluarga, bukan kau seorang.


terus kuat, boleh?

Comments

  1. Awak, anas sakit apa?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah da sihat :) dia sakit sendi hari tu, bengkak2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts