Awan dan Gula Kapas.

     Matanya yang separa terkatup itu melirik ke arah sepasang stokin yang baru sahaja dibelinya di Daiso. Pertama kali menjejakkan kaki ke kedai Jepun itu, hatinya melonjak kegirangan melihat pelbagai produk unik dan comel yang hanya berharga RM5 setiap satu! Cuma baru-baru ini dia tersedar ada juga produk yang baginya tak sepadan dengan harga yang dipamerkan bahkan boleh jadi lebih murah. Dia malas mengeluh lebih. Cukup baiklah dapat barang semurah RM5 di tengah-tengah kepesatan Kota Metropolitan ini.

“ Keluar lagi?” soal Jay.

“ Ahah.. boring la duduk dalam bilik je,” Dee menjawab ringkas.

     Sepasang kasut Nike Dart 9 bertapak kuning pantas dicapai dari rak kasut di tepi biliknya. Dee bongkok 95 darjah untuk mengetatkan tali kasutnya. Simpul reben.

    “ Bismillah..” Dee mula menapak ke arah pintu keluar asramanya. Terkalung headphone putih di leher. Turn to ALLAH – Zain Bhikha.

    Anak matanya pantas merakam adegan burung pipit berkejar-kejaran di ruang angkasa yang dihias awan kumulonimbus yang gebu bak gula kapas putih itu. Tangannya terkapai-kapai di udara seperti mahu menarik sedikit cebisan awan untuk disua ke mulut. Gelak kecil. Pantas dikatup mulutnya apabila kelihatan kelibat dari arah bertentangan.

    Dee mula mengorak langkah pantas. Dimulakannya dengan langkah kecil, secara berkala ditingkatkan kelajuan langkah. Degupan jantung mula kencang. Oxygen debt mungkin akan menyebabkan asid laktik terkumpul dan merencatkan pergerakannya. Dee pantas meningkatkan pengambilan udara sambil mengawal pernafasannya. Dia berazam untuk sampai di check point pertama iaitu di belakang Pavilion dalam masa 10 minit.

    Dee mula semput, betisnya pula mula berdenyut-denyut sakit. Ada tanda-tanda yang dia mungkin berhenti.

    “ Hah! Enough!” peluh mengalir deras di pelipisnya. Langkah diperlahankan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan kekejangan. Dahinya berkerut sambil tercungap-cungap menahan tujahan jantung yang laju mengepam darah beroksigen ke seluruh anggotanya.

...........................

    “ Kalaulah Kak Sarah ada lagi,” Dee mengeluh kecil. Murobbinya itulah yang selalu beriringan jogging dengannya setiap petang.

    Genggamannya makin kuat, tak sedar dia sedang merenyukkan mathurat di tangan kanannya. Angin yang mengelus lembut tak mampu menghapuskan cecair panas yang mula mengalir lesu dari matanya.

    Pandangannya jatuh pada trek jogging yang dulunya menjadi laluan utama untuknya berjuang demi qawiyul jism-nya. Kini dia tidak bersemangat untuk menyusur laluan itu lagi.

............................

Dear Dee sayang,

Sorry ye akak lambat reply mesej awak hari tu. baru-baru masuk biasalah, akak kena uruskan banyak benda! Ni pun baru dapat rehat sikit.. sabar je la kan hehe..

Awak, ingat lagi tak cerita masa kita kat bawah pokok? Alaa, masa tu kita jogging sama-sama. Kan akak cakap, kalau awak aim nak jogging sampai pondok guard, awak akan sentiasa rasa risau kalau tak dapat nak achieve target tu kan. Tu yang kalau dah penat sangat, awak rasa nak berhenti sebab.. sebab awak rasa awak dah tak mampu.

Tapi, kalau awak aim nak buat sehabis baik ikut kemampuan awak, awak mesti rasa best je nak jogging. Lek-lek je.. kalau penat, slow la sikit kan. mungkin awak boleh pass jauh lagi dari pondok guard. Haaa nampak tak permainannya kat situ :D

Awak, buat apa nak risau benda yang awak tak boleh control. Awak buatlah apa yang awak boleh control, macam awak boleh lari lebih, study lebih ke. Usaha kuat-kuat. Tak susah pun wak.. yang penting awak kena yakin dengan peng-control tu hehe..


jangan pernah rasa penat dan nak berhenti bila dah join jalan dakwah ni.. sebab aim kita bukan je nak ajak kawan-kawan buat baik semua, aim kita lebih dari tu. kita kan nak cari redha ALLAH ;) kita buatlah semampu mungkin even ada je yang tak nak ikut. 
 

jangan rasa akak jauh ye, nanti kita jumpa kat syorgala! haha. dah-dah, jangan nangis.

Put your trust in Him oke and do your best! Fighting!



..............................


    Dee terbatuk-batuk sambil mengibas kasut Nike Dart 9 yang berhabuk tebal. Hari ni, hari yang berbeza baginya. Ada sesuatu yang menyalakan semangatnya kembali untuk terus thabat di jalan dakwah yang seketika dulu pernah di-roadblock-nya. Kali ini, dia tak akan pernah cuba untuk berhenti dan berpaling lagi ke arah garis mula. Walau jaraknya baru sekangkang kera, langkah yang konsisten akan membawanya jauh. Jauh ke negeri sana.

    " Cepatlah Jay.. jangan lupa bawa sekali mathurat tu. kita baca bawah pokok dulu," ujar Dee dah tercegat lama di depan pintu." Aye-aye captain!" laung Jay yang baru saja siap menyimpulkan selendangnya. Dee ajak Jay, sebab dia nak Jay rasa juga 'gula kapas' yang manissss tu!



Comments

Popular Posts