Evolved.

*Sebelum beralih ke meja study; menyelesaikan amanah Ilahi, izinkan hamba singgah di ruangan ini*

salam alaik.
syukur, Alhamdulillah.

hari ni, galau semacam. start dari pagi tadi, hati tak tenang dek fikirkan diri yg 'melarikan' diri dari satu kewajipan.

'' akak, saya minta maaf!"

rupanya, aku kini berada di fasa yg acap kali dimomokkan oleh akak2 senior. battlefield. satu fenomena yg kini menjadi topik hangat di blog Encik Musang. yg menjadi isu pisang goreng panas di blog akhi Gabbana dan 'menu utama' di warung Inspektor Sahab. situasi yg amat fatal bagi mereka yg baru berchenta dgn DnT, inilah fasa recession! erk.

satu keadaan di mana sang penchenta marhaen berhadapan dgn dilema yg sangat kompleks. level beginner sudah pun lepas, kini berhadapan dgn level medium. tak patutlah kalau difficulty level masih di takuk lama. 'musuh' pun dah berevolusi! makaiahh..

inilah saatnya berperang dgn ego, berlawan pedang samurai dengan 4 sekawan; takbur, riak, ujub, sum'ah. orientasi hati mula tak statik pada arah yg Satu. kaca mata sudah mula berhabuk. kaki mula goyah. mutabaah amal menjadi rutin, bukan lagi suapan utk jiwa yg gersang, bukan lagi dilakukan sehabis baik semata redha Ilahi. mata pula dah kalis 'habuk' yg menggugah jiwa.


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.  57:16


saatnya utk semakin serious. lamaran utk menjadi murabbi, pinangan utk menjadi adik usrah. menggigil nak tulis!

kuingatkan DnT ini penuh dgn debunga lalang yg berliuk-lentuk ditiup angin sepoi2 bahasa. indahnya berukhwah, makan talam, dan berehlah di Bagan Lalang. rupanya ia hanya indah khabar dari rupa!

"peh, kenapa tipu saya, akak?"

wajah mula beriak nanar. bagai meteor terhempas di Rusia, ada denyutan di pelipis yg sering mengecilkan anak mata mengerutkan dahi. ini semakin serious.

" mohon pimpin tangan saya?"

.....................................

solat; kau risik pertolongan
dan alQuran itu, jadi bantuannya.







Comments

Popular Posts