Hadirkan cinta itu.

biar kurengkuh cinta yang hina
antara aku dan dia.

kujalin semula--
cinta yang hadir sebelum wujudku
cinta yang terhembus dari sisa suaranya
kerana mencintaimu melengkapkan cintaku kepada-Nya.

cinta Baginda cinta tak bersyarat
tapi kenapa aku yang masih ragu.

Ya Wadud
Ya Latiff

kiranya aku telah tersasar
Kau tunjukkan jalan pulang.

entah
hati ini gersang kala menyebut kalam-Mu
kau percikkanlah ruh seorang perindu
biar subur cinta yang kusam.



Comments

Popular Posts