Thabat sayang.

Bismillah..
salam alaik kengkawan semua.

apa khabar iman? eheh.
urm, teringat satu kisah dengan seorang akhwat. masa tu, bulatan-riang-bertemu-lutut. hampir sesemut juga dibuatnya.

" Entahlah. bagi saya orang trengganu ni tak ada comel-comel. kitorang tak kasar, tapi harsh. bila dapat mesej dari [penulis] rasa macam pelik gila. dia tanya sihat tak ukhti, apa khabar iman.. haha.. tak pernah orang buat macam tu kat saya.."

" Kitorang simple je. mung oke dak? gituje.. ganas. tak ada comel-comel sokmo ni.." 

gelak keji.
maaf usrahmate, anda tetap comel di mata saya. kita makang talam lagi ye nanti.

kadang-kadang, banyak je benda happy yang berlegar dalam kehidupan kita. sahabat-sahabat yang buat kita rasa nak hayun je dgn GDC, gelak-gelak yang terpaksa dicover dengan buku, serta kasih sayang yang melimpah dari mereka.

tak kira lagi banyak nikmat yang ALLAH bagi.. still dapat beli kuih kat koop even dalam purse dah tinggal beberapa duit biru berangka 1 je. dipermudahkan jawab genetics even menangis masa jawab thermodynamics..

tapi kenapa kita masih nak mengeluh dan rasa nak lari dari kolej bila ada masalah yang kalau nak dibandingkan dengan ratio kegembiraan di atas, memang kalahlah.

kenapa kita tak rasa ALLAH dekat sangat ngan kita.. dalam setiap langkah dan helaan nafas ni ada Dia.. malah Dia lebih dekat dari urat leher kita!

Allahu..



jangan pernah berhenti ukhti. terus thabat, terus kuat. cari rasa yang hilang, atau kau yang menghalang ia datang? 

Comments

Popular Posts