Posts

Showing posts from May, 2013

Diari Daie

Image
23052013

Wahai diari,

Usai mengemas bilik untuk clearance; itu pun sebab puan warden sudah tercegat di depan pintu sambil membebel panjang kerana bilik masih bersepah, aku tarik beg roller yg lama sudah menghuni bawah katil. Hambatan first draft EE dan IA proposal menyebabkan aku tak mahu berpisah dgn laptop tersayang lalu menyebabkan bilik dalam mode perang. Alhamdulillah, siap dua kertas kerja yg sepatutnya dah tiba lama di atas meja puan advisor. Aku masukkan apa yang patut ke dalam beg roller, mostly buku2 yg PERLU dibaca pada waktu cuti. aku asingkan barang2 keperluan secukupnya dalam satu lagi beg hitam bersaiz sederhana. beg daurah. Sambil menvisualkan checklist di dalam minda, aku tercari-cari satu lagi barang yg paling ampuh dan penting. Ya, itu dia. alQuran zip warna krim muda. Terletak diam di tepi katil. Agak lama tak bersentuh. Jauh kiranya aku dari dia.

Selesai solat Asar, aku melangkah syahdu meninggalkan bilik dan rumet yg ditakdirkan tak dapat turut serta dalam daura…

Bon Voyage, Murobbi.

Image
Salam alaik. Alhamdulillah.. seminggu berlalu dengan aman. Syukur. Tinggal lagi 3 papers utk final sem 2 kali ini. Huhah! *what kind of colloquial word is that.

Dan, paper terakhir utk sebahagian drpd hakak2 dan habang2 senior. Fuhh. students business dan maths HL, sabar naa.. pecut lagi sikit jaa..

Tagline exam kali ni ialah ‘’kasi gegar!’’ haha. Ini disebabkan oleh sharing seorang akak masa kulsem yg lalu.
‘’...Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yg tidak diperhatikan dan dilupakan.”

“ Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yg rendah, “Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

“ Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yg masak kepadamu.”

19:23-25

usaha kuat2. Walau sesingkat mana masa, sestress mana pun, teruskan menggegar setiap subjek tu. boleh je ALLAH nak ‘’tinggg!’’ buah kurma depan Maryam, tapi apa yg ALLAH buat ialah Dia su…

Deen Puzzle.

Image
salam alaik.

Alhamdulillah, done with cell respiration and photosynthesis. subtopics yg agak complicated jugalah. tapi rasa best sangat sebab dapat cover dgn sahabat2 yg sangat hebat :')

cer bayangkan sistem yg sangat kompleks dalam sehelai daun. wahai! padahal nak hasilkan starch dan oxygen je. tak cerita lagi ATP production masa chemiosmosis bagai. fuhh.. peluh besaq. subhanallah..

pagi tadi, ada mock TOK presentation but this time kitorang in group. ada 3 orang. rasa lepas ni kena in pair. discuss pasal history and natural science.. soalan kitorang adalah seperti berikut;

Our knowledge is only a collection of scraps and fragments that we put together into a pleasing design, and often the discovery of one new fragment would cause us to alter utterly the whole design (Morris Bishop)." To what extent is this true in history and other such areas of knowledge?
arguments.. kitorang argue pasal sejarah buku teks dan kisah Tun Onn Jaafar. sentuh pasal political view sikit. utk hum…

Rindu

kiranya aku merindu bonda
bila teringat pengat pisang yg ditambah rasa dgn tepung pulut yg dibulat-bulatkan
kendatipun ada keluhan di hujung bibir
kuah campuran santan dan gula melaka yg terlalu manis
bermangkuk-mangkuk juga habis ditelan.

kiranya aku merindu bonda
bila teringat rempeyek yg berhias kekacang dal
harum ketumbar menyengat saat kepingan keemasan itu ditos kering
dari lautan minyak yg menggelegak panas
walau kadang tergigit kekacang yg keras
habis juga sebalang di depan TV.

kiranya aku merindu bonda
bila bau minyak gamat menyengat rongga hidung
urat-urat tangannya jelas timbul dek kerahan sisa tenaga
dengan sayang bonda mengurut lembut jemari yg lenguh
dek gilanya bermain badminton hingga senja.

aku rindu bonda,
saat suara serakmu bergema di corong telefon
aku di sini menahan sebak sakit merindu. 

Kita Semua YB.

Terjah blog kengkawan, semuanya sedang hangat berdiskusi mengenai PRU13. Tidak kurang hebatnya yg juga mengasimilisasikan aura PRU dalam arah tuju usrah dan maratib amal. Eheh. Yg hebat berhujah dan alim, menyatakan segala macam fakta berkenaan kewajipan mengundi dan natijahnya. Kebanyakan blog yg aku baca, mereka mengambil langkah berjaga-jaga dlm menyusun kata agar tidak terlihat berat sebelah pada mana-mana pihak. Neutral tapi jelas. Jelas utk mereka yg skeptikal mahupun ‘atas pagar’ utk menerima kebenarannya. Namun begitu, respon ataupun komentar yg diterima menunjukkan bahawa ada lagi pihak yg cuba berdalih dan menegakkan benang yg basah. Mereka tidak memihak mana-mana pihak malah yg menyedihkan ialah mereka berhujah atas tindakan mereka sendiri yg kononnya hebat persis Kamen Rider. Itu yg parah sebenarnya.

    Menyelusur kembali tawarikh aku sebagai pelajar sekolah rendah hinggalah ke alam kolej, aku tidak lari daripada terlibat dlm kancah politik. Ewah. Aku pernah melalui p…