Bon Voyage, Murobbi.

Salam alaik. Alhamdulillah.. seminggu berlalu dengan aman. Syukur. Tinggal lagi 3 papers utk final sem 2 kali ini. Huhah! *what kind of colloquial word is that.

Dan, paper terakhir utk sebahagian drpd hakak2 dan habang2 senior. Fuhh. students business dan maths HL, sabar naa.. pecut lagi sikit jaa..

Tagline exam kali ni ialah ‘’kasi gegar!’’ haha. Ini disebabkan oleh sharing seorang akak masa kulsem yg lalu.

‘’...Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yg tidak diperhatikan dan dilupakan.”

“ Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yg rendah, “Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

“ Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yg masak kepadamu.”

19:23-25

usaha kuat2. Walau sesingkat mana masa, sestress mana pun, teruskan menggegar setiap subjek tu. boleh je ALLAH nak ‘’tinggg!’’ buah kurma depan Maryam, tapi apa yg ALLAH buat ialah Dia suruh juga Maryam usaha dulu utk dapatkan buah kurma tu even tengah sakit nak bersalin. Confirm buah kurma tu jatuh, sebab tu ALLAH yg control. ALLAH memang nak tolong Maryam pun.. itu jugalah apa yg ALLAH nak kita lakukan. Usaha je, confirm result tu akan keluar juga. Whether baik atau tak, itu hak ALLAH nak bagi mana yg terbaik utk kita. Aye?

Besarnya impak sebuah perkongsian. Walaupun beberapa potong ayat. Itulah cinta sang murobbi.

“Siapa yang mengajarkan aku walaupun satu ilmu, dia ialah guruku". – Imam Syafie.

Apa yg disampaikan menusuk ke dalam hati, blend dan sebati. Kerna sang murobbi berkata dengan hati, bukan akal.

Tak pernah wujud erti kasih sayang seorang akak dalam tawarikh hidup aku sehinggalah menjadi seorang junior masa di high school dulu. Ada dua orang akak, agak rapat juga waktu. Kak Far dan Kak Nab, ceh ceh mesti kembang masa baca entri aku ni. Dua2 senior pengawas masa tu. diaorang yg ‘tarik’ aku. Even masa tu masing2 pun baru kena ‘tarik’.

Masuk KMB, berdebuk-debuk aku dapat akak. Harhar. Seronoknyee.. mereka tak layak utk hanya dipanggil sebagai seorang akak senior, bahkan lebih dari itu. Pencinta-pencintaNya, sang murobbi.

“ sebenarnya ALLAH hantar akak utk ingatkan awak , tegur awak..”

Usrah, daurah, curhat, door-to-door jaulah, stay up sesame, rehlah, deep conversation..

  “ awak kena bawak dakwah, down-to-earth. Realiti.. show the reality.”

Ada masa huhahuha la, ada tu memang nak pecah otak juga fikir tentang masalah ummat. Bila banjir tu, biasalah. Lepas tengok video Palestina, Syria.. lepas balik daurah semangat gila, jihad fisabillillah!

Sebulan selepas itu.. krik krik.. tenggelam balik dengan IB..

Macam biasalah, ada taujihat dari akak2.. bila senyum bertukar, tangan mula merangkul erat dan pipi berlaga, mulalah jalinan hati yg rasanya sudah bertahun-tahun bertaut. Mungkin waktu kita di syorga dulu!

“ entah dari ceruk mana, tiba2 mesraa semacam. Tak pelik ke,”

“ ukhwah kita sebab akidah, jalinan akidah.”


“ Kenapa ni?”
“ menangislah.. cerita je kat akak..”

....................................................................

Malam ini mungkin malam terakhir di KMB. yah. Nak balik dah ye? Datang sini lagi tak? Kalau ada rezeki jenguk lah kitorang kat sini..

Nanti kitorang mesti rindu akak semua..

Jangan lupa kitorang ye..

Jaga diri kat negara orang.. tak kisahlah kat ceruk mana, akak mesti kuat punya. Aishh.. tak yah pesan pun akak dah sedia kuat cehhh..

Doakan kami di sini ye.

....................................................................

“ kau nak preserve biah solehah ni sebab, sebab dari dulu akak2 ni memang buat semua ni kan? kiranya kau nak teruskan warisan KMB la.”

“ urm..?”

“ betulkan niat.. kita buat semua ni kan sebab ALLAH.. bukan sebab senior or super duper senior, bukan sebab KMB..”

.....................................................................

maaf utk segala ajaran yg tak habis ditelaah, maaf utk masa2 yg aku berkira bila kita bersama-sama, maaf utk detikan hati yg meragui.. maaf utk segala-galanya. terima kasih utk kasih dan sayang, terima kasih utk genggaman erat tanganmu dalam kembara mencari Ilahi ini, terima kasih utk segala-galanya. belanja KFC pun tak habis budi dibalas, hanya sekalung doa kau dihantar ke syorga menjadi gantinya.

anda murobbi juga, yg sedang menghupdate entri tuuu.. kalau boleh sebelum anda keluar dari KMB, mohon reveal identiti anda! haha.. tak adalah. cuma, harapnya terus menghupdate, terus raih cinta dari langit Ilahi dan sebar di muka bumi ini! maaf utk komen2 yg kurang matang. kadang2 aku sadaikan hati yg resah di kolum2 maya anda, mencari entri2 yg membasah jiwa. kita berbicara mengenai dunia yg kita idam2kan, kita diskusi masalah2 ummah. kita muhasabah hati da'ie yg mula lelah dek ujian dan tribulasi; cari penawar2nya. aku belajar, diajar, mengajar.

jazakumullahukhairankathira.


Bon voyage, murobbi. 



Comments

Popular Posts