Kita Semua YB.

    Terjah blog kengkawan, semuanya sedang hangat berdiskusi mengenai PRU13. Tidak kurang hebatnya yg juga mengasimilisasikan aura PRU dalam arah tuju usrah dan maratib amal. Eheh. Yg hebat berhujah dan alim, menyatakan segala macam fakta berkenaan kewajipan mengundi dan natijahnya. Kebanyakan blog yg aku baca, mereka mengambil langkah berjaga-jaga dlm menyusun kata agar tidak terlihat berat sebelah pada mana-mana pihak. Neutral tapi jelas. Jelas utk mereka yg skeptikal mahupun ‘atas pagar’ utk menerima kebenarannya. Namun begitu, respon ataupun komentar yg diterima menunjukkan bahawa ada lagi pihak yg cuba berdalih dan menegakkan benang yg basah. Mereka tidak memihak mana-mana pihak malah yg menyedihkan ialah mereka berhujah atas tindakan mereka sendiri yg kononnya hebat persis Kamen Rider. Itu yg parah sebenarnya.

    Menyelusur kembali tawarikh aku sebagai pelajar sekolah rendah hinggalah ke alam kolej, aku tidak lari daripada terlibat dlm kancah politik. Ewah. Aku pernah melalui proses penamaan calon, manifesto dan pilihan raya itu sendiri. Tipulah kalau tak terasa bahang persaingan dari pihak lawan. Peh, betul2 mendewasakan. Cehh. Tak sangka kt kolej pun terjebak dalam politik lagi. Tapi kali ini, jadi YB bukan kerana ‘kerja’ tapi kerana tanggungjawab. Amanah yg penghujungnya di neraca Tuhan. At first, memang rasa berat. Tipulah kalau seronok je setiap masa. Eheh. Banyak benda aku belajar. Jelas, kesilapan itu medium tarbiah dari-Nya. Dengan anak2 buah yg sangat membantu, YB2 lain sangat memahami.. dan menteri yg layaknya dipanggil sahabat, bukan ketua.

     Semalam berjimba dgn classmates lepas kelas. Pergi rumah mentor, tolong dia prepare door gift utk majlis cukur jambul puteri sulungnya. Lepas tu, terlajak dinner sama-sama. Dan cerita yg dibuka ialah berkenaan 5/5/2013 ni. Terkejut juga bila dengar pandangan mereka. Ada yg buka cerita zaman DS Anwar Ibrahim dan Dr M, kisah Tuan Guru dan gambar anjing, kisah hudud dan kalimah ALLAH, Lim Guan Eng dgn Karpal Singh, DS Najib dan ‘inikalilah’. Terselit juga kisah perang bendera, poster dan ceramah politik. Sebelum itu, ada juga yg cakna dgn isu CCC, gereja terbesar di Asia. Berkongsi. Tapi semua blend. Semua boleh cerita dgn tenang. Sebab masing-masing polisinya nak ambil tahu dan peka, bukan obses.

     Cukup baiklah mereka bukan golongan “politik? Euww. Ada aku kesah?” dan bukanlah juga “Eh baik2 cakap dengan dia, ore kelate tu. dgn dia pun sama, orang Johor, UMNO kuat,”

*Haha. Tu generalisation. Nasib baik dah belajar TOK.

    Nak bincang, nak cabar minda utk mencerap realiti, silakan. Jangan obses mahupun cuba menjadi chauvinist mahupun racist. Senang cerita, bila kita di luar, kita akan nampak banyak benda yg kononnya kita nak betulkan. Bila kita dah masuk, baru tahu susahnya utk melaksanakan perubahan dan menjalankan kerja kita.

    Suasana politik di kampung halaman boleh dikatakan ‘panas’ kerana wujudnya kroni. Bukanlah yg berpanjikan warna hijau mahupun biru, malah bernaung di bawah lembayung pimpinan yg sama. Disebabkan tiada persaingan, yg ada kuasa mula naik lemak. Ada saja projek kampung yg tergendala dan hak rakyat yg terbengkalai. Maaf, aku hanya berbicara mengenai realiti. Mungkin ini kritikan, tapi bukan sekadar tin kosong mahupun molotov cocktail yg cuba dilemparkan. Aku harap ada orang kampung yg baca blog aku. Krik krik.

    Sila hadirkan perubahan. Bukan aku mahu mengemis duit mahupun bantuan, berubahlah utk kebaikan sejagat. Kepimpinan yg baik akan mewujudkan masyarakat yg baik. Yg serba serbi lengkap pakejnya; agama dan akhlaknya yg baik. Kukuhkan kariah masjid, banyakkan aktiviti religi dan tarik remaja. Gunakan sukan sebagai medium membanteras aktiviti sosial. Lepas sukan, jemaah ramai2 kt masjid. Woha. Mantapkan kredibiliti ketua, jadi ketua yg boleh dicontohi. Anti korupsi, amanah dan adil. Lahirkan pemimpin2 muda. Aku rasa ramai je profesional kat kampung tu, tapi masing2 jadi doktor jadi engineer, balik time raya je.

    Banyak cerita aku dengar. Dari acik teksi hinggalah Aiman Azlan, Matlutfi dan Encik Musang. Masing2 cerita benda yg sama. Unity. Civilised. Bab2 fitnah keyboard warrior, media cetak bagai; satu je prinsip aku. Kalau cerita buruk tu betul pun, itu dikira da buka aib. Kalau cerita buruk tu hanya rekaan semata-mata, bukan ke fitnah tu? Siapa kita nak nilai baik buruk dia. cari berita yg betul2 sahih dan jika ada hak anda yg diseleweng di situ, suarakan dgn cara yg betul.

   Usia belum melayakkan aku mengundi. Kepada anda2 di luar sana yg sudah berumur 21 tahun ke atas, silalah jalankan tanggungjawab anda. Yes, ALLAH nampak kot anda pangkah mana kt kertas undi tu. Haha. Sorrylah, aku tak layak lagi nak bagi tips2 memilih pucuk pimpinan yg mana. Seperti yg dicanang-canangkan, biarlah rejuvenasi Islam dapat dilaksanakan selepas ‘mereka’ terpilih. Sooo, kaji betul2 sebelum pangkah!



“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.”
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Comments

  1. Salam ukhti!

    Ana baru berjinak-jinak dengan dunia per-blog-an ini. Harap dapat review ana punya blog.

    http://pimpinakukesyurga.blogspot.com

    Jzkk!

    ReplyDelete
  2. in shaa ALLAH akh. just do it~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts