Posts

Showing posts from June, 2013

Pejuang Pena Maya

Image
Bismillah..

Salam alaik anda ;) supp? Alhamdulillah.. jerebu da semakin reda dan cuti sekolah dipendekkan. Eheh.

Recently, banyak pula status kontroversi yg ditulis oleh mereka yg amatur dalam arena penulisan hatta golongan profesional turut terkena tempiasnya. Kebanyakan drpd mereka berbicara mengenai keaslian gaya penulisan, keberkesanan methode ini dalam menyebarkan mesej dakwah dan kemanusiaan malah ada juga ura2 yg mengatakan golongan enonimus ini mengancam keselamatan negara! Erk.

Situasi yg sama pernah berlaku kat aku juga. Bukan setahun atau sebulan yg lepas malah setiap hari! Sewaktu jemari ini mula memanaskan badan utk menaip entri, ada saja bisikan2 yg melemahkan semangat dan menyebabkan aku terus tutup lappy-- end up tengok cerita Omar eheh.

Betullah orang kata, semangat saja tak cukup. Sebab semangat akan hilang dan kita pula akan hilang tujuan. Yg penting ialah kekuatan. Sebab kekuatan itu terbina di atas pondasi yg kukuh. Untuk apa kita menulis? Itu persoalan kritikal …

Long-distance meh. Apa mau buat?

Kalau aku mengharapkan ukhwah fillah peluk cium itu hanya sekadar---
Terima mesej sweet dari murobbi dan usrahmate,
di-tag pada gambar quote semesra alam ataupun post-post cintan cintun Islamik,
bergurau mesra dan bergelak ketawa walaupun hanya di ruangan chatting,
terima emoticon lucu di wechat dan mesej bergrafik di whatsapp,

tapi diri masih dalam dilema-----
‘’ Wuarghh, susah la cuti sem je mesti futur. Duktur futur!”
“ Kalau kat kolej, mesti dah lama aku buat. Kat rumah ni lain la. Mencik!”
“ Jiwa kosonglah tak ada usrah.. nak balik kolej la macam ni....”
mungkin dah lama aku kunci pintu dan tekup muka kat bantal!

Yah, mungkin ada yang membaling justifikasi ini ada baiknya juga,
Tapi cukuplah dalam kadar sederhana.
Kerana rencah utama bukan hanya fiziknya saja
Tapi dalaman juga!

Bila dah tiada lagi mesej yang menyinggah,
Tak ada notification bergambarkan murobbi kita,
Itulah yang jadi kunci pintu tekup bantal!

Hadirnya tak selalu
Yang kita perlu bukan hanya peluk cium…

Muqadam Merah.

Image
Terang. Ada keluhan kecil menerobos bibir mungilnya. Lantas dia menujah kakinya untuk turun dari motor cabuk apaknya. Tangan bekunya menggenggam longgar tangan apak, dikucup lesu. Malam ini dia akan berhadapan dengan Mak Ngah lagi. Ikutkan hati nak saja duduk bersimpuh dengan televisyen menonton Utraman episod ketiga belas.

     “ Smekom....” dengar tak dengar. Mariam menyorot kakinya yang lemah ke dalam. Matanya terus tertancap pada dua sosok tubuh yang sedang terbongkok-bongkok, menujah-nujah senaskhah kita lama dengan batang lidi dan duri landak. Hazeq yang sedang menunggu giliran di belakang tak semena-mena mencebik ke arahnya.

     “ Sekarang baru nampak muka..” Hazeq yang setahun tua darinya itu menyapa sinis.

    “ Mentang-mentang dah baca al-Quran, berlagak!” getus hati Mariam. Dia hanya membalas dengan jelingan tajam ditambah rasa dengan kening terangkat gaya The Rock is cooking.

    “ Dah sampai tu.. baca fatihah.. ngulang..” Mak Ngah perasan kehadirannya. Dia tersen…

Introspeksi.

jika perlu difahamkan lagi---

baca dari kebisuan aku
ketika kau minta permisi untuk berbicara lewat malam
kala embun mula merintik lesu.

lihat keengganan aku
bila ada ruang dan peluang untuk fitnah menyusup
menjauhlah agar kita selamat.

perhati kecanggungan aku
bila ada kebobrokan dalam urusan kita
lari dari landasan utama hingga menyimpang ke lembah maksiat.

cakna riak muka aku
bila dahi berkerut seribu
menyusun aksara mengolah teguran.

jika perlu difahamkan lagi---

jadilah cermin aku
agar introspektif terwujud
jika aku mula tidak faham.








Ketika chenta berusrah.

Image
Wahai pemuda!! – jeritan itu terngiang-ngiang lagi. Ada seruan. Ada gesaan. Bagai menyentak hati yg tidur, gema jeritan bagai menarik-narik utk didekati. Mendekati pelaungnya.



................................................

24052013


Pagi-pagi, kak Sopi take over kitorang. Gayanya sempoii baq hang! Haha. Siap bersyuro utk outline ground rules sepanjang sesi berlangsung. Peraturannya mudah, jangan ganggu ahli dewan jika tak mampu utk memberi komitmen. Jangan nak paksa sangatlah kalau mata tu nak terkatup. Tidur je kat luar ke kat belakang. Prinsipnya mudah, tidur sekejap utk kesegaran berpanjangan. Apa lagi..

Isu kali ni – lebih kpd akar tunjang ataupun sistem usrah tu sendiri.

Jawapan cliche bila berbicara siapa itu Imam Hasan al-Banna—pengumpul mathurat. Yg advance sikit, pengasas Ikhwanul Muslimin. Itu budak UIA jawablah haha. Budak2 KMB bajet low key time tu harhar.

Serba ringkas mengenai beliau, perjuangannya bermula di Mesir. Melihat keadaan Mesir ketika itu yg berada di lemb…