Introspeksi.

jika perlu difahamkan lagi---

baca dari kebisuan aku
ketika kau minta permisi untuk berbicara lewat malam
kala embun mula merintik lesu.

lihat keengganan aku
bila ada ruang dan peluang untuk fitnah menyusup
menjauhlah agar kita selamat.

perhati kecanggungan aku
bila ada kebobrokan dalam urusan kita
lari dari landasan utama hingga menyimpang ke lembah maksiat.

cakna riak muka aku
bila dahi berkerut seribu
menyusun aksara mengolah teguran.

jika perlu difahamkan lagi---

jadilah cermin aku
agar introspektif terwujud
jika aku mula tidak faham.








Comments

Popular Posts