Ketika chenta berusrah.

Wahai pemuda!! – jeritan itu terngiang-ngiang lagi. Ada seruan. Ada gesaan. Bagai menyentak hati yg tidur, gema jeritan bagai menarik-narik utk didekati. Mendekati pelaungnya.



................................................

 24052013


Pagi-pagi, kak Sopi take over kitorang. Gayanya sempoii baq hang! Haha. Siap bersyuro utk outline ground rules sepanjang sesi berlangsung. Peraturannya mudah, jangan ganggu ahli dewan jika tak mampu utk memberi komitmen. Jangan nak paksa sangatlah kalau mata tu nak terkatup. Tidur je kat luar ke kat belakang. Prinsipnya mudah, tidur sekejap utk kesegaran berpanjangan. Apa lagi..

Isu kali ni – lebih kpd akar tunjang ataupun sistem usrah tu sendiri.

Jawapan cliche bila berbicara siapa itu Imam Hasan al-Banna—pengumpul mathurat. Yg advance sikit, pengasas Ikhwanul Muslimin. Itu budak UIA jawablah haha. Budak2 KMB bajet low key time tu harhar.

Serba ringkas mengenai beliau, perjuangannya bermula di Mesir. Melihat keadaan Mesir ketika itu yg berada di lembah hedonisme dan perilaku borjuis, beliau mula menentang arus dgn menjalankan SH beliau. Talk pertamanya berjaya menarik enam orang individu lalu berkembang kpd 4 juta orang insan yg terislah. Tunjang dakwahnya satu; mengajak manusia berfikrah Islamiah—mengenal erti ketuhanan dan kehambaan. Tertubuhnya Ikhwanul Muslimin sebagai wadah utk menyampaikan ideologinya.

Pondasi tarbiyah ketika itu ialah usrah. Usrah yg bermaksud keluarga. Kenapa keluarga? Cuba kita selusuri semula sejarah perkembangan Islam pada zaman Rasulullah. Naik sikit pada graf ISK, kita akan jumpa daulah, empayar Islam. Ketika itu, masyarakatnya berfikrah Islam, pucuk pimpinan juga mengamalkan syariah Islam. Semua itu bermula dari didikan di rumah iaitu peranan ibu bapa sebagai murobbi. Mendidik anak menjadi insan beriman dan berakhlak mulia. Lantas melahirkan pemuda2 berkualiti yg bakal memakmurkan negara.

Nah, jika kita lihat adakah institusi keluarga masih memainkan peranan itu? Selepas kejatuhan Islam, fikrah mulai tercemar dan sekularism mula mendominasi pemikiran kita. Peranan keluarga diambil alih oleh mereka yg faham. Syabab, pejuang kebenaran—mereka ialah mak usrah, bapak usrah kita. Yg molek sikit, naqib dan naqibah kita. Itu sebabnya kita yg sedang berusrah ni dipanggil anak2 usrah. Pheww.








Adakah selama-lamanya kita nak jadi “anak” usrah je? Perlukah berbaitul muslim dahulu baru boleh memegang title mak usrah? Err. Tiba masanya kita kena juga ‘’pancing’’ anak usrah—mad’u atau mutarobbi.

Mungkin menjadi dilema mahupun polemik dalam kalangan anak2 usrah—termasuk empunya jemari yg sedang menulis ini utk naik ke level yg seterusnya. Bayangan naqibah/naqib yg osem baq hang kadang2 mencipta inferiority complex dalam kalangan daie2 setahun jagung ini. Diri sendiri yg serba serbi kekurangan ni nak mentarbiyah anak orang?! Gulp.

Nah, mungkin di situ ada sedikit salah faham. Adakah kita betul2 yakin solely diri kita yg marhaen inilah yg dapat mengubah hati orang? Mana kita letak pemilik kuasa pembolak-balik hati? Acap kali kita lupa utk consult kaunselor yg memegang ilmu psikologi yg paling tinggi, ilmu pelembut hati dan ilmu pelancar bicara dalam hal2 berkaitan dakwah. Jelaslah hati ini tercemar dgn virus2 riak, takbur dan ujub. Jom, clorox dulu? *banjir.

Mengungkap bicara Apri Rahmainy dalam penulisannya “Tarbiyah bukan segala-galanya”, usrah sahaja tidak cukup utk menghasilkan individu muslim yg imun dgn godaan duniawi dan mencintai akhirat. Tarbiyah di sini merujuk kpd tarbiyah jama’i (kelompok). Sering kali kita menganggap sudah cukup kerajinan kita utk hadir usrah yg seminggu sekali tu, fokus masa ceramah malam jumaat mahupun usrah jumaat selepas habis kelas. Meletakkan tarbiyah jama’i sahaja sebagai medium utk berubah mahupun menjadi a better Muslim, sangatlah naif.

Point yg ingin ditekankan di sini, tarbiyah sebenar bermula selepas tasbih kafarah dan surah al-Asr. Tarbiyah zatiyah (individu)—bermulanya amal yaumiah (harian) seperti mathurat pagi petang, tadabur al-Quran dan qiamulail. bermulanya mujahadah-- menjaga ikhtilat dan hati. ukhuwah sebenar ukurannya tidak hanya di bulatan gembira, tapi menuntut keberadaan come hell or high water.

Tidak dinafikan, tarbiyah jama’i menjadi trigger mahupun booster serta memberi kefahaman yg lebih mendalam. Teori tanpa praktis ibarat air hujan yg menyimbahi pepasir pantai. Tak bertakung mahupun mencambahkan hidupan.

Fundemental law ini ter-apply kpd murobbi (bakal) dan sang mutarobbi. Sangat penting kpd akak naqibah mahupun abang naqib utk sentiasa menyemak mutabaah amal diri sendiri dan juga anak2 usrah.

Selesaikan dulu urusanmu dengan ALLAH agar ALLAH selesaikan semua urusanmu.- Umar Abd Aziz

ALLAH pemegang hati2 ini. Kita yg marhaen inilah yg wajib berusaha dan berdoa kepada-Nya agar cinta-cinta-Nya yg ingin kita sebarkan ini meresap ke dalam jiwa2 yg dahagakan kebenaran. Janganlah disebabkan dosa kita yg menggunung, menghalang bluetooth connection antara kita dan penerima cinta-Nya T--T

Sabda Rasulullah SAW,
"Jagalah ALLAH, maka ALLAH akan menjaga kamu."
(Riwayat Imam at-Tirmidzi, katanya hasan sahih) 


Comments

Popular Posts